Page 254 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 254

Modul                      :  Modul 8

                Minggu                     :  Minggu 8
                Aktviti                    :  Kemahiran asas permainan ;
                                                i.   Orientasi gelanggang
                                               ii.   Kedudukan Pemain (empat pemain dan seorang penjaga
                                                    gol)
                                               iii.   Menggelecek bola

                Objektif                   :    i.   Membiasakan  murid  dengan  keluasan  padang  serta
                                                    kedudukan papan penghalang di tepi dan kanan padang.
                                               ii.   Membiasakan murid dengan kedudukan mereka semasa
                                                    bermain.
                                               iii.   Meningkatkan kemahiran murid menggelecek bola.



                Bahan                      :  Peralatan permainan
                                                i.   Bola ‘blind footsal’
                                               ii.   Blindfold
                                               iii.   Bar besi untuk mengetuk palang gol

                Masa                       :  3 jam
                Medium komunikasi               i.   Jurulatih bahagian tengah gelanggang.
                                               ii.   Jurulatih di gawang gol.
                Langkah 1                  :    i.   Murid  di  bahagikan  kepada  beberapa  kumpulan  kecil
                                                    (empat murid satu kumpulan).
                                               ii.   Menyediakan seorang penjaga gol dari kalangan murid
                                                    rabun (B2 atau B3) atau murid normal.

                Langkah 2                  :  Kemahiran kedudukan pemain
                                                i.   Menempatkan murid mengikut kedudukan posisi pemain.
                                               ii.   Meminta pemain bergerak tanpa bola ke arah gawang gol
                                                    lawan dengan arahan jurulatih tengah padang.
                                               iii.   Bergerak ke arah suara jurulatih gawang gol.
                                              iv.   Balik  semula  ke  posisi  asal  mengikut  arahan  jurulatih
                                                    tengah padang.
                                               v.   Ulang  beberapa  kali  gerakan  untuk  menambahkan
                                                    kemahiran murid mendengar arahan daripada jurulatih.


                Langkah 3                  :  Kemahiran menggelecek
                                                i.   Menyediakan  empat  halangan  pemain  lawan  secara
                                                    statik di tengah padang menghala ke gawang gol.
                                               ii.   Satu kumpulan dikehendaki menggelecek bola di celah-
                                                    celah pemain lawan yang statik.
                                               iii.   Pemain yang statik dikehendaki membunyikan ‘voy’ bagi
                                                    menggelakkan murid yang menggelecek bola melanggar
                                                    pemain yang menjadi halangan.
                                              iv.   Murid  yang  menggelecek  bola  dikehendaki  menyepak
                                                    bola  ke  arah  gawang  gol  setelah  melepasi  ke  empat-
                                                    empat halangan.



                                                           244
   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258   259