Page 20 - buletbaru_2 (1)
P. 20
BULETIN ANTARA KITA
UNIT PRODUKTIVITI & KUALITI HOSPITAL USM
UUnit Produktiviti & Kualiti Hospital Universiti
Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan telah
menganjurkan Bengkel Audit Dalaman MS
ISO 9001:2008 HUSM pada 25-26 Mei 2015 bertempat
di Bilik Persidangan, Pusat Pengajian Sains Pergigian.
Seramai 90 orang Juru Audit Dalaman daripada
pelbagai jabatan/unit telah dijemput hadir. Objektif
bengkel adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan
dan kemahiran para peserta dalam aktiviti audit bagi
memenuhi keperluan standard yang ditetapkan. Puan
Zainorni Mohd. Janis, dari SIRIM Training Services Sdn
Bhd. telah diundang sebagai penceramah jemputan.

