Page 23 - buletbaru_2 (1)
P. 23

10

                                                        BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, USM

“Kini IPPT adalah merupakan satu-satunya institusi
kerajaan di kawasan utara yang menawarkan rawatan
kemoterapi, radioterapi dan brakiterapi kepada pesakit
kanser,” ujar beliau lagi.
Turut hadir dalam majlis pembukaan tersebut ialah
Pakar-pakar Perubatan, Pegawai-pegawai Perubatan,
Pegawai Fizik Perubatan, Juru X-Ray Terapi dan
Jururawat.
Menurut fakta, kanser adalah merupakan salah satu
daripada 5 punca utama penyebab kematian di
Malaysia.
Tanda-tanda awal penyakit kanser boleh dikesan seperti
pendarahan atau lelehan, masalah penghadaman atau
kesukaran menelan, luka yang tidak sembuh, perubahan
tabiat membuang air besar atau kecil, ketulan pada
payudara atau bahagian lain, batuk berpanjangan
melebihi 2 minggu dan perubahan warna atau bentuk
pada tahi lalat atau ketuat.
Sekiranya mengalami tanda-tanda berikut, sila
berjumpa doktor untuk pengesanan awal yang amat
penting. Kebanyakan jenis kanser boleh dicegah
dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

                             Teks: Sallehuddin
                             Foto: Amir Zaidi
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28