Page 118 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 118

111






                     7.    Menghubungi penyelaras atau guru pendidikan khas yang lain sekiranya diperlukan
                           untuk tindakan segera.
                     8.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.




                                HR29 | Pembantu Pengurusan Murid (Asrama)

                            RUJUKAN
                       i    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003: Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid.
                       ii   Surat  Pemakluman  Setiausaha  Bahagian  Pengurusan  Sumber  Manusia  Berkaitan  Senarai  Tugas
                            Pembantu Pengurusan Murid Di Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (24 November
                            2016).
                       iii   Panduan Waktu Bekerja dan Huraian Senarai Tugas Penyelia Asrama Dan Pembantu Murid (Asrama)
                            KPM Edisi 2018.

                     Tugas-tugas pengurusan murid di asrama sekolah khas melibatkan kanak-kanak istimewa
                     (buta, pekak, bisu dan lain-lain) atau kanak-kanak di peringkat sekolah rendah yang tinggal
                     di asrama di kawasan pedalaman yang merangkumi semua aspek kehidupan murid di luar
                     bilik darjah seperti yang berikut:-

                     1.    Melatih dan menentukan murid bangun tidur dan masuk tidur mengikut masa yang
                           ditentukan.
                     2.    Melatih  dan  menentukan  murid  supaya  membuang  air  dan  membersihkan  diri

                           (menggosok gigi) sebelum masuk tidur.
                     3.    Melatih dan menentukan murid mengamalkan cara-cara yang betul dan sempurna
                           menggosok gigi dan mandi.
                     4.    Melatih dan membimbing murid adab ketika makan dan cara-cara mengemas tempat
                           tidur.
                     5.    Melatih dan menentukan murid ke sekolah mengikut masa yang sepatutnya.
                     6.    Membimbing dan menentukan murid Islam bersuci dan bersembahyang lima waktu

                           sehari dan belajar Muqaddam.
                     7.    Membimbing  dan  mengasuh  murid  supaya  sentiasa  berakhlak,  berdisiplin  dan
                           mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
                     8.    Membimbing dan menentukan murid belajar selepas waktu persekolahan.
                     9.    Membersih dan mengemas pakaian murid dan mengasuh mereka berbuat demikian
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123