Page 127 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 127

120






                     2.    Melaksanakan penyelenggaraan kecil ke atas alat bantu mengajar seperti komponen
                           bot penyelamat, bot kerja, bot keselamatan dan lain-lain bagi pelaksanaan modul
                           pembangunan latihan.


               (E)  ASPEK KEPAKARAN TEKNIKAL
                     1.    Pengendalian aspek teknikal bot seperti dek dan enjin.
                     2.    Perundangan  maritim  peringkat  nasional  dan  antarabangsa  (Ordinan  Perkapalan
                           Saudagar dan Konvensyen International Maritime Organization).
                     3.    Sijil Kekompetenan dan Sijil Modular di bawah International Convention on Standards
                           of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers (STWC) 1978 dan pindaan.
                     4.    Pengawasan dan penyeliaan terhadap loji dandang stim, turbin stim dan mesin (yang
                           berkaitan).
                     5.    Melaksanakan    tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke

                           semasa.



                                    HR34 | Pembantu Penyediaan Makanan

                            RUJUKAN
                       i    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009: Penggubalan Skim Perkhidmatan Pegawai Makanan
                            dan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tukang Masak.

               (A)  PENERIMAAN/PENYIMPANAN MAKANAN BASAH/MENTAH DAN KERING DARI

                     PEMBEKAL
                     1.    Memilih, memeriksa dan  mengasingkan makanan basah/mentah dan kering yang
                           dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi spesifikasi kontrak
                           diterima.
                     2.    Menyimpan bahan makanan basah/mentah dan kering ke dalam stor,  chiller atau
                           freezer setelah diterima oleh pegawai.
                     3.    Merekodkan suhu stor, chiller dan freezer.

               (B)  PENGELUARAN BARANG MAKANAN

                     1.    Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan basah/mentah atau kering
                           dari stor, freezer/chiller.
                     2.    Membuat pengeluaran bahan ramuan untuk masakan dari stor, chiller atau freezer
                           ke kawasan pra penyediaan.
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132