Page 147 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 147

140






               10.  Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan
                     hubungan  kerja  yang  boleh  membantu  bagi  mencapai  matlamat  pengajaran  dan
                     pembelajaran.
               11.  Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia

                     di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.
               12.  Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan
                     murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.
               13.  Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan
                     mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia.
               14.  Menyelenggarakan  fail-fail  panitia  dan  semua  minit  atau  laporan  mesyuarat,  surat
                     menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
               15.  Mengurus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk ahli-ahli panitia.
               16.  Memastikan semua ahli panitia mendapat maklumat terkini tentang mata pelajaran masing-

                     masing.
               17.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.



                                   PR09 | Setiausaha Peperiksaan Dalaman


                      RUJUKAN
                 i.    Surat  Pekeliling  Lembaga  Peperiksaan  Bilangan  1/2014:  Penambahbaikan  Pentaksiran  Berasaskan
                      Sekolah.
                ii.    Pelaksanaan  Penggunaan  Modul  Sistem  Analisis  Peperiksaan  Sekolah  (SAPS)  Dalam  Toolkit
                      Pembangunan  Sekolah  Bagi  Program  Pembangunan  Sekolah  Di  Bawah  Bidang  Keberhasilan  Utama
                      Negara (NKRA) Pendidikan, (KPM.NKRA.100-15/1/1Jld.4(17).
                iii.   Surat Siaran KPM Bilangan 14 Tahun 2018: Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir
                      Tahun Murid Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan
                      Malaysia mulai Tahun 2019.

               1.    Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.

               2.    Menyelaraskan dan mengedarkan jadual pembina item serta penyedia kertas soalan.
               3.    Mengurus  percetakan,  pembahagian,  dan  tempat  menyimpan  kertas  soalan  dan
                     memastikan keselamatannya.
               4.    Memastikan kertas-kertas soalan dan peraturan pemarkahan disahkan oleh Ketua Panitia
                     dalam masa yang ditetapkan.
               5.    Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas soalan yang telah dicetak.
               6.    Memastikan  kertas  soalan  diedarkan  kepada  guru  pengawas  peperiksaan  sebelum

                     peperiksaan dijalankan.
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152