Page 183 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 183

176






                     2.    Merancang dan melaksanakanprogram kemajuan guru dan staf berdasarkan Analisis
                           Keperluan Latihan – Training Needs Analysis (TNA).
                     3.    Memastikan pegawai dalam seliaan menghadiri sekurang-kurangnya jumlah hari/jam
                           latihan  (jangka  pendek)  berdasarkan  pekeliling/arahan  oleh  Agensi  Pusat  yang

                           sedang berkuat kuasa.
                     4.    Merancang keperluan latihan (POL).
                     5.    Melatih dan membimbing guru dalam aspek psikologi bagi tujuan pengurusan murid.
                     6.    Melaksanakan  latihan    melalui  pelbagai  kaedah  bagi  memenuhi  jumlah  hari/jam
                           latihan  yang  ditetapkan  dalam  setahun  melalui  latihan  secara  formal,  sesi
                           pembelajaran dan pembelajaran kendiri termasuk pembelajaran secara dalam talian
                           sekurang-kurangnya lima (5) hari setahun.
                     7.    Meningkatkan kecekapan dalam mengurus sumber.
                     8.    Menjalankan tindakan susulan.

                     9.    Memastikan laporan dan dokumentasi disediakan.
                     10.  Mengenal  pasti  kompetensi  dan  potensi  pegawai  yang  dinilai  agar  membolehkan
                           pembangunan profesionalisme berterusan dilaksanakan.
                     11.  Mengenal pasti keperluan untuk pembangunan laluan kerjaya.
                     12.  Mengurus dan membantu menghasilkan bahan kursus LADAP (CPD) untuk  guru-
                           guru dan staf.
                     13.  Membantu  dan  membimbing  guru-guru  baru  dan  guru-guru  yang  tidak  mencapai

                           tahap pengajaran yang baik dalam PdP. (under performing teacher)
                     14.  Membantu guru dalam menyediakan sasaran tahunan (Performance Management
                           Systems - PMS).
                     15.  Membantu  guru  dalam  meningkatkan  strategik  pengajaran  dan  pembelajaran.
                           (Teach Smart).
                     16.  Mendalami kepakaran PdP secara am dan khusus dari segi aspek pilihan.
                     17.  Melaksanakan  perkongsian  kemahiran/kepakaran  yang  diperoleh  daripada  sesi
                           bengkel/kursus di luar dalam kalangan warga sekolah mengikut kesesuaian.
                     18.  Membuat penilaian program latihan.


               (E)  PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
                     RUJUKAN
                          i.  Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) KPM 2015

                     1.    Memastikan  pelaksanaan  PPGB  mengikut  tatacara  penyediaan  dan  penggunaan
                           dokumen iaitu:
                          a.    Surat lantikan mentor oleh pentadbir sekolah
                          b.    Akuan terima guru mentor dan guru baharu
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188