Page 185 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 185

178






                     5.    Bagi  membolehkan  aplikasi  HRMIS  digunakan,  aktiviti  yang  perlu  disempurnakan
                           oleh agensi ialah:
                           a.   Melantik  seorang  pegawai  kanan  sebagai  pentadbir  sistem  yang
                                bertanggungjawab menyediakan hak capaian mengikut peranan pegawai dan

                                proses PSM.
                           b.   Melengkapkan nilai dalam jadual Iook-up sekiranya diperlukan.
                           c.   Melengkapkan  maklumat  sandangan  pegawai,  jawatan  sebenar,  unit
                                organisasi dan aktiviti organisasi.
                           d.   Menetapkan aliran kerja mengikut peranan pegawai.
                           e.   Melengkapkan maklumat peribadi bagi setiap pegawai.
                           f.   Melengkapkan data dalam profil perkhidmatan.
                           g.   Memasukkan  data  transaksi  tertentu  bagi  membolehkan  sesuatu  modul
                                dilaksanakan.


               (H)  PEMIMPIN PERTENGAHAN
                     RUJUKAN
                         i.     Surat Pendidikan Ikhtisas KPM Bilangan 4, 1986: Panitia Mata Pelajaran.
                         ii.     Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK), 2016.

                     1.    Pentadbir sekolah mengenal pasti guru-guru dalam kategori pemimpin pertengahan
                           (Middle Leader Team- MLT).
                     2.    Memberikan  ruang  dan  peluang  kepada  guru-guru  pemimpin  pertengahan  untuk
                           menunjukkan kebolehan dan bakat kepimpinan masing-masing.
                     3.    Merancang  dan  melaksanakan  program  peningkatan  kompetensi  guru-guru

                           pemimpin pertengahan sebagai barisan pelapis kepimpinan sekolah.
                     4.    Menilai  kompetensi  guru-guru  pemimpin  pertengahan  untuk  dicadangkan  kepada
                           perjawatan hakiki tertentu.

               (I)   PERKHIDMATAN
                     RUJUKAN
                         i.    Pekeliling  Perkhidmatan  Bilangan  4  Tahun  2012:  Pelaksanaan  Urusan  Perkhidmatan  Pegawai
                              Perkhidmatan Awam Persekutuan Di bawah Sistem Saraan Malaysia.
                         ii.    Perintah Am Bab A – G.
                        iii.    Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 2 Tahun 2014:  Senarai Sekolah Yang Diluluskan
                              Menerima Elaun Lokasi Dan Tahap Kesuahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan
                              Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Yang Berkhidmat Di
                              Pedalaman
                        iv.    Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2015:  Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat
                              Khas Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190