Page 184 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 184

177






                          c.    Log pementoran
                          d.    Borang penilaian guru baharu
                          e.    Laporan status pelaksanaan PPGB
                          f.    Sijil penyertaan PPGB dan sijil penghargaan PPGB

                     2.    Memastikan pelaksanaan PPGB distrukturkan secara tiga (3) fasa iaitu fasa orientasi,
                           fasa  pementoran  dan  fasa  pembangunan  profesionalisme  dalam  tempoh  tiga  (3)
                           tahun pertama perkhidmatan.
                     3.    Pelaksanaan ketiga-tiga fasa dalam program ini boleh berlaku secara serentak.

               (F)   URUSAN NAIK PANGKAT
                     1.    Membuat semakan iklan kenaikan pangkat dalam sistem ePangkat.
                     2.    Mengedarkan borang permohonan kenaikan pangkat kepada pegawai terlibat.
                     3.    Membuat lantikan PP1, PP2 dan KPP.

                     4.    Melaksanakan penilaian berdasarkan semakan dokumen dan pembentangan (jika
                           perlu).
                     5.    Memastikan semua pegawai yang layak untuk kenaikan pangkat dilakukan penilaian
                           dan tiada faktor keciciran berlaku.

               (G)  HRMIS
                     RUJUKAN
                          i.     Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005: Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan
                              Sumber Manusia.
                          ii.     Buku Pengenalan dan Mekanisme Pelaksanaan HRMIS Versi Terkini 2010.

                     1.    Menyediakan data asas HRMIS seperti carta organisasi yang kemas kini, perjawatan
                           mengikut  tempat  kerja  dan  buku  perjawatan,  dan  senarai  perjawatan  dengan

                           penyandang.
                     2.    Menyedia dan memantapkan rangkaian dalaman agensi (Local Area Network – LAN)
                     3.    Menyediakan  komputer  tambahan  mengikut  keperluan  agensi  yang  memenuhi
                           spesifikasi HRMIS.
                     4.    Menyediakan  sumber  yang  secukupnya  dari  segi  personel  dan  kewangan  bagi
                           membiayai perbelanjaan aktiviti pelaksanaan HRMIS seperti latihan, pengumpulan
                           dan pengemaskinian data, peningkatan dan pertambahan peralatan serta bayaran
                           caj rangkaian.
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189