Page 192 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 192

185






                                •     Pelupusan - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.7
                                      Aset alih boleh dilupuskan sekiranya tidak ekonomi untuk dibaiki; usang;
                                      rosak dan tidak boleh digunakan; luput tempoh penggunaan; keupayaan
                                      aset  alih  tidak  lagi  di  peringkat  optimum;  tiada  alat  ganti  di  pasaran;

                                      pembekal tidak lagi memberikan khidmat sokongan; tidak lagi diperlukan
                                      oleh  jabatan;  perubahan  teknologi;  dan  melebihi  keperluan.  Perakuan
                                      Pelupusan  (PEP)  perlu  disediakan  bagi  pelupusan  aset  tertentu.  Aset
                                      hendaklah diperiksa oleh Lembaga Pemeriksa Pelupusan (LPP). Sekolah
                                      boleh  menggunakan  LPP  sedia  ada  daripada  sekolah-sekolah  lain
                                      (dalam negeri yang sama) dibawah KPM ataupun mewujudkan LPP baru
                                      mengikut prosedur yang ditetapkan.
                                      Bagi pelupusan yang melibatkan tidak lebih daripada RM50,000 bagi tiap-
                                      tiap  satu  barang  dan  tidak  lebih  daripada  RM500,000  bagi  nilai

                                      agregatnya untuk semua jenis aset kecuali kehilangan akibat kecurian,
                                      penipuan dan kecuaian pegawai awam perlu diserahkan kepada urusetia
                                      pelupusan  di  JPN  yang  mana  kuasa  meluluskan  pelupusan  ialah
                                      Pengarah/Timbalan Pengarah JPN.

                                •     Kehilangan dan Hapus Kira - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM
                                      2.8

                                      Pegawai yang mengetahui kehilangan hendaklah melaporkannya kepada
                                      PGB dengan serta merta. PGB atau pegawai bertanggungjawab ke atas
                                      kehilangan atau Pegawai Aset atau Pegawai Penempatan atau pegawai
                                      yang mengetahui kehilangan berlaku, hendaklah membuat laporan polis
                                      dengan seberapa segera, tidak lewat dari 24 jam dari masa kehilangan
                                      telah diketahui. PGB hendaklah menyediakan Laporan Awal Kehilangan
                                      Aset  Alih  dan  mengemukakan  kepada  KSU  dan  Ketua  Setiausaha
                                      Perbendaharaan.
                                      Unit  Pengurusan  Aset  Kementerian  akan  mengurus  pelantikan

                                      Jawatankuasa Penyiasat Kehilangan Aset Alih hingga keputusan hapus
                                      kira/keputusan tatatertib/surcaj. PGB mengambil tindakan terhadap syor,
                                      keputusan  penyiasatan  dan  kelulusan  hapus  kira.  Pegawai  Aset
                                      mengemaskinikankan maklumat aset berkaitan.

                           c.   Menyelia pengurusan stok kerajaan di bawah kawalannya yang ditempatkan di
                                stor dengan pematuhan kepada prosedur serta menggunakan borang/format/

                                dokumen  yang  telah  ditetapkan  merangkumi  penerimaan,  merekod,
                                penyimpanan,     pengeluaran,    pemeriksaan,    peselamatan,    pebersihan,
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197