Page 214 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 214

207






               (A)  SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK

                     (A1)  PENGERUSI
                           1.   Sebagai  ketua  pentadbir  pengurus  dan  mempengerusikan  mesyuarat  AJK

                                induk PSS.
                           2.   Memastikan  PSS  berjalan  dengan  berkesannya  demi  mencapai  objektif-
                                objektif PSS yang telah dirangka.
                           3.   Membentuk dasar yang praktikal mengenai perkhidmatan media di sekolah dan
                                menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan PSS yang lain dengan bantuan
                                Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP).
                           4.   Merancang dan melaksanakan program untuk mendapatkan alat atau media
                                serta  kemudahan-kemudahan  lain  untuk  memenuhi  keperluan-keperluan
                                pendidikan yang progresif.

                           5.   Menyelaraskan  kursus-kursus  dalam  perkhidmatan  bagi  guru-guru  yang
                                berminat, berbakat dan memerlukan.
                           6.   Mengadakan  perbincangan  dengan  para  pegawai  USTP  pelbagai  peringkat
                                mengenal program media pendidikan di sekolah.
                           7.   Merancang  belanjawan  tahunan  dan  belanjawan  jangka  panjang  dengan
                                kerjasama AJK PSS lain.
                           8.   Membuat  penilaian  yang  berterusan  terhadap  kegiatan-kegiatan  pengajaran

                                dan pembelajaran berasaskan sumber di sekolah.
                           9.   Menjalankan  penyelidikan  dan  percubaan  mengenai  penggunaan  media
                                baharu dan yang selalu digunakan dengan kerjasama USTP.
                           10.  Menyediakan kemudahan membaiki dan mengendalikan alat-alat pengajaran
                                dan pembelajaran.
                           11.  Melahirkan satu budaya yang boleh menggalakkan guru-guru dan murid-murid
                                untuk menggunakan bahan-bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
                                melalui PSS merentasi kurikulum.
                           12.  Menyebarkan  konsep  PSS  kepada  guru-guru,  murid-murid  dan  masyarakat

                                tempatan.
                           13.  Sentiasa  peka  dengan  perkembangan  teknologi  dalam  pendidikan  dan
                                maklumat terkini.
                           14.  Dapat  menerima  perubahan  dalam  pendidikan  dengan  fikiran  terbuka  dari
                                semasa ke semasa.

                     (A2)  PENYELARAS PSS

                           1.   Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan memastikan agar
                                dapat dilaksanakan.
   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219