Page 216 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 216

209






                           3.   Membantu  AJK  PSS  dalam  pemilihan  bagi  mendapatkan  alat  dan  bahan
                                pengajaran yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan murid.
                           4.   Membantu  dan  merancang  agar  guru-guru  dapat  membina  alat  dan  bahan
                                pengajaran dengan menggunakan pendekatan bersistem.

                           5.   Menilai  keberkesanan  alat  dan media  pengajaran  yang  dibeli  ataupun yang
                                dihasilkan sendiri.
                           6.   Mewakili PSS dalam semua aktiviti perkembangan kurikulum sekolah.
                           7.   Menyediakan  senarai  semak  yang  bersesuaian  untuk  memastikan  semua
                                tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
                           8.   Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
                                diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah.

               (B)  SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA


                     (B1)  GURU PERPUSTAKAAN
                           1.   Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.
                           2.   Melatih  dan  menyelia  petugas-petugas  perpustakaan  untuk  membantu
                                pengurusan perpustakaan.
                           3.   Memastikan  bahawa  perpustakaan  diurus  dengan  teraturnya  dan
                                bersistematik.

                           4.   Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpustakaan.
                           5.   Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan.
                           6.   Menyimpan  rekod-rekod  yang  berkaitan  dengan  pengurusan  perpustakaan
                                yang bersistem.
                           7.   Memberikan  khidmat  nasihat  dan  kepakaran  kepada  guru-guru  dan  murid-
                                murid yang memerlukan.
                           8.   Memperoleh dan menyemak alat-alat perolehan (bibliografi, katalog penerbit,
                                senarai tajuk dan lain-lain) untuk memilih mengetahui jenis-jenis dan tajuk-tajuk
                                buku yang perlu dibeli untuk menambahkan koleksi di perpustakaan.

                           9.   Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.
                           10.  Mengelas dan mengkatalog bahan-bahan dari koleksi.
                           11.  Menyediakan katalog yang dikemas kini untuk kemudahan rujukan guru-guru
                                dan murid-murid yang memerlukan.
                           12.  Menyediakan  jadual  waktu  penggunaan  perpustakaan  yang  praktikal  dan
                                berkesan.
                           13.  Melantik  pengawas  PSS  dan  mengadakan  program-program  latihan  yang

                                bersesuaian dengan keperluan.
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221