Page 82 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 82

75






                     8.    Melaksanakan pencerapan PdP kepada semua guru pendidikan khas.
                     9.    Memastikan  buku  persediaan  mengajar  disediakan  dan  dikemas  kini  oleh  guru
                           pendidikan khas.
                     10.  Memastikan aktiviti kokurikulum PPKI dilaksanakan sepenuhnya dengan pelibatan

                           semua murid PPKI.
                     11.  Memastikan MBK dalam program pendidikan inklusif yang menduduki peperiksaan
                           awam diberi kemudahan peperiksaan awam seperti bilik khas dan masa tambahan
                           menjawab soalan.
                     12.  Menyelaraskan program pendidikan inklusif separa.

               (D)  PENGURUSAN KELAS
                     1.    Menyediakan  satu  (1)  peraturan  untuk  kelas  PPKI  dan mendapatkan  persetujuan
                           daripada pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga.

                     2.    Memastikan suasana kelas PPKI selesa dan kondusif untuk PdP.
                     3.    Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas PPKI direkod dan
                           diselenggara dengan baiknya.
                     4.    Memastikan  kelas  disediakan  kemudahan  mesra  OKU  seperti  ada  susur  landai
                           (ramp) dan tandas OKU.
                     5.    Mencadangkan  pembelian  keperluan  di  PPKI  kepada  PGB  untuk  membuat
                           permohonan peralatan/aset dan naik taraf kelas PPKI ke Unit Pendidikan Khas, JPN

                           melalui PPD masing-masing berdasarkan keperluan semasa.
                     6.    Mencadangkan  pembelian  keperluan  peralatan  sokongan  pembelajaran  mengikut
                           keperluan ketidakupayaan MBK kepada PGB.

               (E)  PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
                     1.    Merancang  dan  mentadbir  pengurusan  hal  ehwal  murid  bagi  memastikan
                           keselamatan, kebajikan dan kemenjadian murid secara menyeluruh.
                     2.    Membantu  merancang  dan  menyelaraskan  pelaksanaan  program  disiplin  murid
                           pendidikan khas.

                     3.    Membantu  merancang  dan  memantau  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling
                           murid pendidikan khas.
                     4.    Membantu  merancang  dan  menyelaraskan  pelaksanaan  program  kesihatan,
                           kebajikan dan keceriaan sekolah.
                     5.    Membantu merancang dan menyelaraskan pengurusan buku teks.
                     6.    Membantu  mengawal  dan  menyelaraskan  perkhidmatan  keselamatan  dan
                           kebersihan bangunan dan kawasan/blok pendidikan khas.
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87