Page 83 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 83

76






               (F)   PENGURUSAN KOKURIKULUM
                     1.    Membantu  merancang  dan  mengesahkan  pengurusan  unit  beruniform,  kelab  dan
                           persatuan, sukan dan permainan bagi MBK.
                     2.    Menyusun,  menyelaraskan  dan  memantau  takwim  kegiatan  kokurikulum  PPKI  di

                           sekolah melalui perbincangan dengan guru dan pembantu pengurusan murid (PPM)
                           dengan memilih aktiviti yang bersesuaian.
                     3.    Menubuhkan jawatankuasa kokurikulum PPKI.
                     4.    Menyediakan anggaran belanjawan mengurus BBM kokurikulum PPKI.
                     5.    Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum diambil.
                     6.    Mengenal  pasti  keupayaan  guru  pendidikan  khas  dan  potensi/bakat  MBK  dalam
                           kokurikulum.
                     7.    Bertanggungjawab  mengenai  lawatan-lawatan  anjuran  pihak  sekolah  dengan
                           mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957.

                     8.    Menyelaraskan hari-hari perayaan dan upacara sekolah (seperti hari  Kokurikulum
                           sekolah).
                     9.    Menyelaraskan  pembahagian  MBK  ke  dalam  kegiatan  kokurikulum  serta
                           meningkatkan tahap pencapaian.
                     10.  Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
                     11.  Mengurus kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan
                           kokurikulum.

                     12.  Membentangkan  perancangan  aktiviti  kokurikulum  PPKI  dalam  mesyuarat
                           jawatankuasa kokurikulum sekolah.
                     13.  Menyelaraskan pelaksanaan kokurikulum secara inklusif separa.
                     14.  Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh PGB dari semasa
                           ke semasa.
                     15.  Memantau setiap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh MBK.
                     16.  Memastikan  semua  guru  penasihat  membuat  penilaian  dan  mengisi  buku/borang
                           penilaian mengikut masa yang telah ditetapkan.
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88