Page 86 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 86

79





                                                       2.1.2


                         KATEGORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)



                                         HR08 | Guru Penyelaras Bestari

                         RUJUKAN
                      i.  Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/2005: Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras

                        Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah).

                     ii.  Modul Mengoptimum Peranan Guru Penyelaras Bestari dan Guru Penyelaras ICT, Bahagian Teknologi
                        Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

                     iii.  Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Tatacara Permohonan Kelulusan
                        Teknikal Inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia.




                                  TUGAS UTAMA (UMUM)

               1.    Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara lapan (8) hingga sebelas (11)
                     waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
               2.    Memahami,  menghayati    dan  mengamalkan  kehendak  sukatan  pelajaran  dan
                     melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
               3.    Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
               4.    Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.

               5.    PGB  boleh  melantik  Guru  Penyelaras  Bestari  memegang  portfolio  tanpa  jawatan  dan
                     menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan.
               6.    Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid
                     apabila  ada  aktiviti  di  luar  sekolah  seperti  di  masjid,  kompleks  sukan,  tempat-tempat
                     lawatan dan sebagainya.
               7.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentabir dari semasa ke semasa.



                                 TUGAS UTAMA (KHUSUS)                    adalah seperti berikut:

               (A)  PENGURUSAN  ICT SEKOLAH
                     1.    Merancang dan menyelaraskan program bimbingan pengintegrasian teknologi dalam
                           pengajaran dengan kerjasama guru cemerlang di sekolah.
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91