Page 84 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 84

77






                                    HR07 | Penyelaras Aktiviti Menengah

                                     (SR Model Khas Komprehensif K9)



                              TUGAS UTAMA (UMUM)             sama seperti Guru Penolong Kanan Pentadbiran
                                                             (HR02)




                             TUGAS UTAMA (KHUSUS)           adalah seperti berikut:



               (A)  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
                     1.    Membantu  menyedia  dan  melaksanakan  perancangan  strategik  sekolah  dan
                           pengurusan takwim sekolah.
                     2.    Membantu merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Guru

                           Peringkat Sekolah Menengah.
                     3.    Membantu  mengurus,  menyelaraskan  kutipan  serta  menganalisis  data/maklumat
                           dan perangkaan.
                     4.    Membantu merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan
                           belanjawan.
                     5.    Membantu  merancang  dan  melaksanakan  program  lawatan  dan  perhubungan
                           dengan pihak luar.

                     6.    Membantu  PGB     dalam    semua  aspek  perancangan  dan  pengurusan  sekolah
                           peringkat sekolah menengah.
                     7.    Membantu merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran untuk guru dan
                           murid peringkat sekolah menengah
                     8.    Membantu  mengurus  dan  mengawal  selia  penyelenggaraan  fizikal  dan
                           pengoperasian bilik-bilik khas.
                     9.    Membantu GPK yang lain mengawal selia pengoperasian bidang pengurusan tugas
                           khusus masing-masing berkaitan guru dan murid peringkat sekolah menengah.
                     10.  Merancang dan melaksanakan program sokongan bagi murid yang tinggal di asrama

                           (rujuk Jawatankuasa Pengurusan Asrama – JM20)

               (B)  PENGURUSAN KURIKULUM
                     1.    Membantu  merancang  dan  menyelaraskan  pelaksanaan  PdP  peringkat  sekolah
                           menengah.
                     2.    Membantu merancang dan melaksanakan program panitia bagi meningkatkan tahap
                           profesionalisme guru dan pencapaian murid peringkat sekolah menengah.
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89