Page 99 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 99

92






                           solat, amali tilawah, amali hafazan dan sebagainya untuk murid sekolah menengah
                           di Sekolah Model Khas Komprehensif K9.
                     7.    Menyelaraskan  pengurusan  surau  sekolah  dan  musolla  dari  aspek  pengurusan,
                           keceriaan dan pengimarahan termasuk bilik khas untuk pendidikan islam seperti Bilik

                           j-QAF atau bilik aktiviti Pendidikan Islam.
                     8.    Merancang dan melaksanakan  program serta memilih, membimbing dan mengurus
                           murid dalam pertandingan adab dan nilai seperti Majlis Tadarus al-Quran, Festival
                           Nasyid,  Majlis  Ihtifal  Sekolah-Sekolah  peringkat  sekolah,  daerah,  negeri  dan
                           kebangsaan.
                     9.    Menyelaraskan  aktiviti  bimbingan  kerohanian  dan  solat  berjemaah  di  surau  bagi
                           murid-murid yang tinggal di asrama sekolah.
                          * Tugas-tugas ini boleh dibantu oleh guru beragama Islam yang lain

                          HR18 – GURU PEMULIHAN/ GURU PEMULIHAN KHAS

                     1.    Merancang dan melaksanakan Program Pemulihan Khas mengikut prosedur yang
                           telah ditetapkan.
                     2.    Memastikan murid Tahap 1 dan Tahap 2 menguasai kemahiran asas 3M sebagai
                           sasaran kerja tahunan (SKT).
                     3.    Mentadbir  Instrumen  Penentu  Murid  Bermasalah  Dalam  Pembelajaran  (IPMBDP)
                           dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) kepada murid yang kebarangkalian

                           mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas.
                     4.    Membantu guru-guru mata pelajaran dalam mengenal pasti murid-murid yang perlu
                           mengikuti Program Pemulihan Khas.
                     5.    Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibu bapa
                           dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tahap
                           kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.
                     6.    Menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
                     7.    Mengadakan  latihan  perkembangan  staf  mengenai  program  pemulihan  khas  di
                           peringkat sekolah.

                     8.    Menghadiri kursus/bengkel/taklimat  yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD.
                     9.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.

               (B)  TUGAS-TUGAS PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KHAS
                     Jawatan-jawatan guru yang terlibat seperti berikut:
                           HR19.      Guru Program Integrasi

                           HR20.      Guru Kod Braille
                           HR21.      Guru Kod Tangan
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104