Page 96 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 96

89






                     2.    Melaksanakan penilaian dan pentaksiran serta perekodan pencapaian dalam bentuk
                           bertulis atau aplikasi yang bersesuaian serta mudah diakses.
                     3.    Memantau dan menganalisis perkembangan dan pencapaian murid/program/aktiviti
                     4.    Merancang cadangan penambahbaikan program/aktiviti intervensi berdasarkan data

                           penilaian dan pentaksiran (data-driven decision making)
                     5.    Merangka  strategi/idea  baharu  dalam  pelaksanaan  penilaian  dan  pentaksiran
                           murid/program/aktiviti.
                     6.    Menyediakan pelaporan kepada pihak yang berkepentingan.

               (C)  PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
                     1.    Memastikan persekitaran, keselamatan dan kesihatan murid diutamakan sepanjang
                           aktiviti di dalam dan luar bilik darjah.
                     2.    Memastikan persekitaran dan iklim sekolah kondusif serta infrastruktur dan peralatan

                           dalam keadaan selamat untuk aktiviti murid.
                     3.    Menguatkuasakan  peraturan  dan  disiplin  sekolah  serta  melapor  kes  murid  yang
                           memerlukan  tindakan  susulan  kepada  Lembaga  Disiplin  Sekolah    dan  Unit
                           Bimbingan dan Kaunseling.
                     4.    Membantu Guru Kelas (PR01) dan JK Pengurusan HEM (JR16) mengenal pasti jenis
                           bantuan dan murid yang layak menerima.
                     5.    Mengenal pasti keperluan murid dalam aspek sahsiah, psikososial, kesejahteraan

                           mental dan kerjaya murid.
                     6.    Membantu  perancangan  program/aktiviti  pembangunan  sahsiah,  psikososial,
                           kesejahteraan mental dan kerjaya murid.
                     7.    Semua guru ialah guru bimbingan dan guru disiplin.

               (D)  PENGURUSAN KOKURIKULUM
                     1.    Merancang  dan  menyediakan  takwim  pelaksanaan  aktiviti  kokurikulum  (kelab
                           persatuan,  badan  beruniform  dan  sukan  permainan)  berdasarkan  takwim
                           persekolahan yang telah ditetapkan.

                     2.    Melaksanakan,  memantau,  merekod  dan  menganalisis  kemajuan  murid  mengikut
                           unit kokurikulum yang ditugaskan.
                     3.    Menilai keberkesanan program/aktiviti kokurikulum.
                     4.    Membuat  penambahbaikan  program/aktiviti  kokurikulum  dan  mencungkil  bakat
                           murid.
                     5.    Membimbing dan melatih murid bagi peningkatan potensi.
                     6.    Menyelaraskan  dan  mengurus  penyertaan  murid  dalam  aktiviti  koakademik  dan

                           kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101