Page 98 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 98

91






                     4.    Menghasilkan  sekurang-kurangnya  dua  (2)  daripada  perkara  berikut  setiap  tahun
                           iaitu kajian tindakan, penulisan ilmiah, modul pembelajaran, inovasi dan penemuan
                           baharu dalam mata pelajaran kepakarannya atau bidang pengkhususannya.
                     5.    Membentang  penghasilan  di  para  empat  (4)  kepada  pengurusan  sekolah  dan

                           dibudayakan sebagai amalan terbaik sekolah.
                     6.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.


                            TUGAS UTAMA (KHUSUS)


                     Terdapat jawatan-jawatan guru mata pelajaran yang mempunyai Tugas Utama (Khusus)
                     yang tersendiri seperti berikut:


               (A)  TUGAS-TUGAS PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN
                     BAHASA ARAB
                     Jawatan-jawatan guru tersebut adalah seperti berikut:
                           HR12.      Guru Akademik KSSR
                                                                                    Guru opsyen
                           HR13.      Guru Akademik KSSM                              bidang
                                      (SR Model Khas Komprehensif K9)             Pendidikan Islam
                                                                                  dan Bahasa Arab
                           HR19.      Guru Program Integrasi
                           HR17.      Guru Pendidikan Islam

                     1.    Merancang  dan  mengetuai  pelaksanaan  program  kerohanian,  dakwah,  adab  dan
                           nilai untuk guru-guru, AKP dan murid-murid di dalam dan luar sekolah.
                     2.    Merancang dan melaksanakan program peningkatan sahsiah dan akhlak murid.
                     3.    Merancang dan melaksanakan aktiviti sambutan hari kebesaran Islam seperti Awal
                           Muharram, Maulid al-Rasul, Ihya’ Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha, Isra’ Mi’raj, dan
                           lain-lain untuk guru-guru, AKP dan murid-murid.

                     4.    Membuat laporan pelaksanaan aktiviti kerohanian, adab dan nilai serta sambutan
                           hari kebesaran Islam murid, guru dan AKP.
                     5.    Menyelaraskan  dan  mengurus  program  pembangunan  kepimpinan  murid  dalam
                           bidang kerohanian seperti latihan naqib, badan dakwah dan rohani, latihan imam dan
                           bilal.
                     6.    Menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti yang menyokong kurikulum Pendidikan
                           Islam  seperti  Penilaian  Perkara  Asas  Fardhu  Ain  (PAFA),  Kem  Literasi al-Quran,

                           Kem Bestari Solat, Kem Cemerlang Jawi untuk murid sekolah rendah serta amali
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103