Page 97 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 97

90






                     7.    Mendokumenkan  semua  program  perjumpaan,  pelibatan  dan  pencapaian  aktiviti
                           berkaitan yang disertai untuk simpanan sekolah.

               (E)  PENINGKATAN KENDIRI DAN PROFESIONALISME

                     1.    Memastikan sasaran bilangan minimum hari berkursus dicapai.
                     2.    Meneroka dan merancang pembangunan kendiri sebagai persediaan laluan kerjaya
                           dan kenaikan pangkat.
                     3.    Melibatkan diri dalam pembelajaran profesional secara formal dan tidak formal untuk
                           meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PdP.
                     4.    Merancang  dan  melibatkan  diri  dalam  program/aktiviti  Komuniti  Pembelajaran
                           Profesional (Professional Learning Community - PLC).
                     5.    Melibatkan diri dalam pembudayaan penyelidikan/kajian tindakan untuk peningkatan
                           kendiri dan organisasi.

                     6.    Menghadiri mesyuarat/ bengkel/ taklimat mengenai mata pelajaran berkenaan yang
                           diarahkan  oleh  Kementerian  Pendidikan,  Jabatan  Pendidikan  Negeri  dan  Pejabat
                           Pendidikan Daerah.
                     7.    Menyediakan laporan/minit curai tentang mesyuarat/bengkel/taklimat yang dihadiri
                           kepada PGB.
                     8.    Melaksanakan penataran (latihan personel) hasil kursus kepada ahli berkenaan.
                     9.    Melestarikan hubungan kerjasama dengan ibu bapa/penjaga, komuniti dan agensi

                           luar.

               (F)   BIMBINGAN  DAN  PEMENTORAN  (Fungsi  Tambahan  bagi  guru  yang  telah
                     berkhidmat lebih 5 tahun)
                     1.    Menyumbang  khidmat  konsultasi  berkaitan  dengan  idea/program/aktiviti  yang
                           mempunyai nilai tambah dalam pelaksanaan PdP, pengurusan kokurikulum dan hal
                           ehwal murid, serta bidang kepakaran pada peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
                     2.    Mencetus dan memudah cara inovasi dan pembentukan konsep idea/program/aktiviti
                           yang mempunyai nilai tambah dalam pelaksanaan PdP dan pengurusan kokurikulum

                           serta hal ehwal murid.

               (G)  BIMBINGAN KEPAKARAN (Fungsi Tambahan bagi Guru Cemerlang)
                     1.    Mengendalikan  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  mata  pelajaran  kepakaran
                           mengikut surat pekeliling ikhtisas (SPI) terkini.
                     2.    Memimpin  dan  membantu  tugas  kurikulum  berkaitan  dengan  mata  pelajaran
                           kepakaran atau bidang pengkhususannya.

                     3.    Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata
                           pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususannya.
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102