Page 19 - Buku Pengurusan SMK Anderson 2019 Updated 9.1.19 3.37 PM
P. 19
Buku Pengurusan SMK Anderson 2019
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
ARAHAN AM
Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
Perintah Am kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi
Perintah Am tersebut.
Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan semata-mata
Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan - TEAM (Together Everyone
Achieve More)
KEDATANGAN
Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan
bermula dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada di kawasan sekolah 20 minit sebelum waktu
persekolahan bermula.
Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah memberikan kenyataan
dan sebab-sebab yang wajar. Guru juga mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah dengan
kadar segera supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
Waktu persekolahan :
Masa
Hari Sesi Pagi Sesi Petang
(Tingkatan 1, 2 dan 3) (Tingkatan 1 dan 2)
Isnin 7.30 pagi – 1.50 petang 12.20 tgh hari – 6.30 petang
Selasa 7.30 pagi – 1.50 petang 12.20 tgh hari – 6.30 petang
Rabu 7.30 pagi – 1.50 petang 12.20 tgh hari – 6.30 petang
Khamis 7.30 pagi – 1.20 petang 12.20 tgh hari – 6.30 petang
Jumaat 7.30 pagi – 12.10 tgh hari 2.20 petang – 6.30 petang
Masa
Hari Sesi Pagi Sesi Pagi
(Tingkatan 4 dan 5) (Tingkatan 6)
Isnin 7.30 pagi – 1.50 petang 7.30 pagi – 2.20 petang
Selasa 7.30 pagi – 1.50 petang 7.30 pagi – 1.50 petang
Rabu 7.30 pagi – 2.20 petang 7.30 pagi – 2.20 petang
Khamis 7.30 pagi – 1.50 petang 7.30 pagi – 1.50 petang
Jumaat 7.30 pagi – 12.10 tgh hari 7.30 pagi – 12.10 tgh hari
Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan
kecemasan.
Rujukan:
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 bertarikh 12 September 1981.
18

