Page 21 - Buku Pengurusan SMK Anderson 2019 Updated 9.1.19 3.37 PM
P. 21
Buku Pengurusan SMK Anderson 2019
TUGAS
Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas. Tugas
yang diberikan harus dilaksanakan dengan cekap , dedikasi dan bertanggungjawab.
Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan seperti menghadiri mesyuarat,
pergi ke JPN, atau berkursus guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak boleh
mengarahkan guru lain untuk melaksanakan tanpa kebenaran pengetua. Jika tugas itu terpaksa
dijalankan oleh guru lain, ia mestilah atas persetujuan bersama-sama, dan mestilah dimaklumkan
kepada Pengetua.
Rujukan :
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 Garis Panduan Guru bertugas di sekolah.
BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR (BPM)
Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan Buku Persediaan Mengajar (BPM) kerana BPM
merupakan SKT setiap guru kecuali guru bimbingan dan kaunseling.
Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap.
BPM hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat atau hari akhir minggu berkenaan untuk
tujuan semakan dan tandatangan oleh Pengetua / Penolong Kanan.
Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan / Guru
Kanan.
BPM hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
Laporan polis perlu dibuat bagi guru yang kehilangan BPM.
PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN
Perhimpunan sekolah ialah majlis rasmi sekolah.
Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah pada hari Isnin
bermula pada pukul 7.20 pagi.
Guru bertugas mingguan diwajibkan berada di kawasan perhimpunan harian pada pukul 7.10 pagi
setiap hari pada waktu persekolahan.
Seorang pentadbir, kaunselor, guru bertugas dan pengawas sekolah / PRS perlu berada setiap hari
di hadapan pintu masuk sekolah untuk mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah
( Program 3S ).
Guru hendaklah berada dalam majlis perhimpunan sehingga perhimpunan tamat.
Semua guru hendaklah duduk di bahagian hadapan perhimpunan kecuali guru bertugas mingguan.
Guru bertugas perlu menyediakan laporan mingguan dan serahkan kepada Pengetua / PKP.
Pakaian guru semasa perhimpunan : -
1. Guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher sekolah
berserta blazer.
2. Guru perempuan hendaklah berpakaian kemas, bersopan santun dan tidak memakai selipar /
sandal.
ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH
Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah.
Guru yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah
mendapatkan kebenaran daripada pengetua.
MESYUARAT GURU / KAKITANGAN SOKONGAN
Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Pengetua / Penolong Kanan / Guru
Kanan / Ketua Panitia tertentu pada bila-bila masa.
Guru yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah
mendapatkan kebenaran daripada Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan / Ketua Panitia.
Kakitangan sokongan diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Pengetua / Penolong
20

