Page 22 - Buku Pengurusan SMK Anderson 2019 Updated 9.1.19 3.37 PM
P. 22
Buku Pengurusan SMK Anderson 2019
Kanan / Guru Kanan tertentu pada bila-bila masa.
Kakitangan sokongan yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan.
CUTI SAKIT
Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta mestilah tidak melebihi 15 hari dalam setahun.
Bagi pegawai yang menerima rawatan ‘pesakit dalam’ (warded) di hospital swasta boleh
menerima cuti sakit sehingga 180 hari tanpa pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan.
Guru / Kakitangan sokongan yang mendapat cuti sakit perlulah memaklumkannya kepada
Pengetua.
Rujukan :
1. Perintah Am Bab C.
2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2006 Pindaan Peraturan Mengenai Sijil Sakit untuk tujuan Cuti Sakit.
PERHUBUNGAN SESAMA GURU
Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru
dan sentiasa mengawal tutur kata serta tingkah laku mereka agar perasaan kekitaan
dapat diwujudkan.
Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa mana-mana guru atau murid atau staf
sokongan yang lain terhadap apa jua pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan / pegangan
semata-mata untuk kepentingan peribadi atau hal tidak berkaitan dengan urusan rasmi sekolah.
Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kaum, status sosial, sosial ekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah ini.
Rujukan :
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2003 ke arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih bertarikh 30 April
2003.
JADUAL WAKTU
Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam
kelas sendiri.
Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan
tanpa kebenaran Pengetua.
Jadual waktu ganti hendaklah disediakan oleh Setiausaha Guru Ganti dan ditandatangani oleh
Pengetua / Penolong Kanan.
BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID
Jadual Kedatangan Murid hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari
oleh guru tingkatan pada waktu pertama dan menghantarkan rekod kehadiran murid ke pejabat
untuk dimasukkan dalam e-kehadiran murid sebelum pukul 10.00 pagi ( sesi pagi ) dan sebelum
pukul 3.00 petang ( sesi petang ).
Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menguruskannya.
Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.
Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan, ibu bapa / penjaga
hendaklah dimaklumkan melalui telefon dan bertulis.
Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru penyelaras tingkatan.
Guru tidak dibenarkan membawa keluar Buku Jadual Kedatangan Murid dari pejabat tanpa
kebenaran Pengetua.
21

