Page 20 - Buku Pengurusan SMK Anderson 2019 Updated 9.1.19 3.37 PM
P. 20
Buku Pengurusan SMK Anderson 2019
KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN
Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu persekolahan
kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan
Pendidikan / PPD dengan syarat mendapat kebenaran dari Pengetua / Penolong Kanan.
Guru dan staf dikehendaki mengisi Borang dan Buku Keluar kawasan sekolah di pejabat sekolah
dan dapatkan tandatangan Pengetua / Penolong Kanan sebelum keluar. Sila isikan waktu balik
daripada urusan apabila kembali ke sekolah.
Semua guru hendaklah meninggalkan kerja bertulis kepada murid sebelum meninggalkan
sekolah.
Pengetua tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana
guru yang keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.
PAKAIAN
Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan.
Guru lelaki hendaklah bertali leher dan berbaju kemeja.
Baju berlengan panjang tidak dibenarkan dilipat.
Berpakaian kemas di luar waktu persekolahan.
Guru perempuan tidak dibenarkan berbaju tanpa lengan.
Kasut sukan hanya dibenarkan untuk tujuan Pendidikan Jasmani atau aktiviti seumpamanya.
Kakitangan Sokongan dikehendaki berpakaian kemas dan bagi kakitangan sokongan yang
beruniform perlu memakai pakaian yang telah dibekalkan.
Guru-guru wajib memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis.
Rujukan :
1. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 13/69 bertarikh 26 Disember 1969
( Peraturan pakaian guru dalam waktu persekolahan dan luar waktu persekolahan )
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 ( Peraturan pakaian guru di sekolah )
3. Pekeliling perkhidmatan Bil. 2 tahun 1985.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 bertarikh 7 Jun 2001 ( Garis panduan pakaian guru ketika
bertugas di sekolah )
BILIK GURU / BENGKEL
Kebersihan dan keselamatan bilik guru / bengkel adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Hal
ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru / bengkel.
Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.
Guru hendaklah berada di dalam bilik guru / bengkel semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru
hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru / bengkel untuk perkara-perkara berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. Guru yang terakhir keluar dari bilik guru / bengkel
perlulah memastikan lampu, kipas dan alat pendingin hawa dimatikan.
Guru yang berada di dalam bilik guru / bengkel hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
Rujukan :
1. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 13/69 bertarikh 26 Disember 1969
( Peraturan pakaian guru dalam waktu persekolahan dan luar waktu persekolahan )
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 ( Peraturan pakaian guru di sekolah )
3. Pekeliling perkhidmatan Bil. 2 tahun 1985.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 bertarikh 7 Jun 2001 ( Garis panduan pakaian guru ketika
bertugas disekolah )
19

