Page 24 - Buku Pengurusan SMK Anderson 2019 Updated 9.1.19 3.37 PM
P. 24

Buku Pengurusan SMK Anderson 2019



               TANDA NAMA
               Semua  guru  dan  kakitangan  sekolah  hendaklah  memakai  tanda  nama  pada  hari  persekolahan
               dan  majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah.

               BUKU STOK / INVENTORI
                  Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan
                   memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan  sentiasa
                   dikemas kini.  Buku ini akan disemak dari masa  ke masa  oleh Pengetua /  Penolong Kanan

               PEMBELIAN BARANG
                  Guru / Kakitangan sekolah yang hendak membeli barang mestilah memohon kebenaran pengetua
                   dengan  menggunakan  borang  pesanan  kawalan  dalaman  berserta  dengan  sebut  harga  asal
                   daripada pembekal.
                  Borang  pesanan  kawalan  dalaman  (  nota  minta  )  mesti  diisi  oleh  pemohon  dan  mendapat
                   sokongan daripada Penolong Kanan / Guru Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
                  Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
                  Segala invois mesti ditandatangani oleh guru / Penyelenggara Stor yang menerima dan direkodkan
                   dalam buku stok dengan kemas.
                  Pengetua tidak akan menanggung segala kos pembelian tanpa kebenarannya.
               KEGIATAN KOKURIKULUM
                  Guru  yang  ditugaskan  menjadi  penasihat  kegiatan  kokurikulum  hendaklah  menjalankan  tugas
                   dengan cekap dan berkesan.
                  Guru-guru berkenaan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan
                  Kegiatan kokurikulum ialah tugas rasmi.
                  Guru-guru digalakkan memakai pakaian badan beruniform pada setiap hari Rabu.

               PELAWAT
                  Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru
                   tidak  dibenarkan  berbincang  dengan  wakil-wakil  firma  atau   penjual-penjual  kecuali   dengan
                   kebenaran Pengetua / Penolong Kanan.

               KEBERSIHAN
                  Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid.
                  Jadual  giliran  bertugas  murid  hendaklah  disediakan  oleh  guru  tingkatan.   Peralatan
                   membersihkan  kelas hendaklah digunakan dengan baik dan disimpan di tempat yang selamat.
                  Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas  (bengkel,   bilik
                   kaunseling, makmal dan lain-lain)  bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik tersebut.

               TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS MINGGUAN
               A.  MENGURUSKAN PERHIMPUNAN RASMI

               Atur Cara Perhimpunan Rasmi
                  Doa
                  Nyanyian lagu Negaraku dan lagu kebesaran Negeri Perak
                  Rukun Negara dan Ikrar Murid
                  Laporan Guru Bertugas dan Pengumuman
                  Penyampaian hadiah atau cenderamata ikut protokol / Acara Khas ( jika ada )
                  Ucapan Pengetua
                  Nyanyian Lagu Sekolah
                  Bersurai




                                                                                                        23
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29