Page 23 - Buku Pengurusan SMK Anderson 2019 Updated 9.1.19 3.37 PM
P. 23
Buku Pengurusan SMK Anderson 2019
Guru atau penyelaras tingkatan sahaja yang boleh menanda kehadiran di dalam Buku Jadual
Kedatangan Murid.
KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
Semua guru dikehendaki memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak
sengaja hendaklah dibawa kepada pengetahuan pihak sekolah.
Guru Kanan / Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
Penggunaan alat-alat, bilik-bilik dan bengkel-bengkel di luar masa sekolah dan masa cuti
hendaklah mendapat kebenaran Pengetua dan direkodkan.
Penggunaan bilik-bilik tertentu oleh murid selepas waktu sekolah, hujung minggu atau waktu cuti
mestilah dikawal selia oleh guru yang berkenaan dan mendapat kebenaran pengetua.
ETIKA BERMESYUARAT
Datang mesyuarat secara profesional - berpakaian kemas dan bertanda nama dan wajah diurus
dengan kemas.
Datang mesyuarat dengan persediaan seperti fail, alat tulis, buku catatan dan bahan mesyuarat.
Tidak membawa surat khabar, majalah dan lain-lain yang boleh mengganggu tumpuan mesyuarat.
Tindakan setiausaha menyiapkan bilik mesyuarat dan mengemaskannya semula selepas selesai
mesyuarat. Pastikan LCD dan sistem siar raya berfungsi dengan baik.
Agenda mesyuarat diedar atau dipamerkan dalam bilik mesyuarat.
Jadikan medan mesyuarat sebagai gelanggang berbincang dan bertukar-tukar pandangan, dalam
situasi yang harmoni untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Bermesyuarat dengan teratur dan tersusun kemas.
Berbahasalah dengan baik dan tidak menggunakan bahasa keras / kasar.
Elakkan perbuatan yang kurang sopan seperti berbual, SMS, menggunakan telefon bimbit dan lain-
lain.
Jika lewat hadir, berikan salam kepada ahli mesyuarat dengan sopan.
Jika ada urusan kecemasan dan perlu keluar, maklumkan kepada pengerusi.
Sekiranya hendak keluar lebih awal, maklumkan kepada pengerusi terlebih dahulu.
Hadir mesyuarat tepat pada masanya.
Minit mesyuarat mestilah bertaip dan disemak oleh Timbalan Pengerusi sebelum diserah kepada
Pengerusi untuk ditandatangan dan mengikut format terkini.
KUNCI
Semua kunci mesti disimpan di pejabat pentadbiran sekolah.
Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengetua.
Semua kunci hendaklah diserahkan kepada pejabat pentadbiran sekolah semasa cuti penggal
persekolahan.
TELEFON
Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah direkodkan.
ARAHAN DAN PEKELILING
Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan
dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya dan disimpan di dalam fail khas.
Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah, guru hendaklah mengembalikannya dengan segera ke pejabat sekolah setelah
diambil tindakan.
22

