Page 45 - Sains Tingkatan 1
P. 45
Kaedah Saintifik
Kaedah saintifik ialah kaedah sistematik yang digunakan bagi menyelesaikan masalah
dalam sains. Kaedah ini mempunyai beberapa langkah penting bagi membolehkan
sesuatu permasalahan itu diselesaikan atau dijelaskan dengan kaedah yang betul.
1 Mengenal pasti masalah – Mengenal Alamak, air
pasti masalah yang boleh diuji dengan tertumpah!
penyiasatan saintifik. Bagaimanakah cara
untuk saya menyerap
air ini dengan cepat?
2 Membina hipotesis – Kita Tuala kain
perlu membina satu hipotesis
sebagai penerangan awal menyerap air
pemerhatian atau fenomena yang lebih banyak
yang sedang dikaji. Hipotesis berbanding
kertas tisu.
ini perlulah diuji.
3 Mengawal pemboleh ubah – Kenal pasti jenis pemboleh ubah yang terbabit.
Pemboleh ubah ialah kuantiti fizik yang mempengaruhi pemerhatian atau fenomena sains
dan terdiri daripada pemboleh ubah yang dimanipulasikan, bergerak balas dan dimalarkan.
4 Merancang eksperimen – Kita perlu merancang reka bentuk eksperimen terlebih dahulu
dengan betul. Kita juga perlu memilih bahan-bahan dan radas yang sesuai
untuk eksperimen.
5 Menjalankan eksperimen – Semasa menjalankan eksperimen, langkah berjaga-jaga
mesti diamalkan pada setiap masa untuk mendapatkan data yang lebih tepat. Langkah
keselamatan pula perlu untuk menghindari kemalangan.
Mari kita menguji
hipotesis anda.
34 Bab 1
34
Bab 1

