Page 142 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 142

5.3  Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948

                  Jawatankuasa Kerja mengambil masa lima bulan untuk menyelesaikan kerja merangka Perjanjian
                  Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pada 20 November 1946, rangka Perjanjian Persekutuan tersebut
                  dibentangkan dalam persidangan yang dihadiri oleh Raja-raja Melayu, wakil British dan UMNO.
                  Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, antaranya termasuklah pentadbiran, kuasa
                  Raja-raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu.





                                                   •  Persekutuan dibentuk menerusi gabungan sembilan buah
                                                      negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat.
                                                   •  Singapura  kekal  sebagai  tanah  jajahan  British  yang
                                                      berasingan.
                                                   •  Kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya
                                                      Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif.
                                                   •  Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab  dalam  hal
             5                                        kewangan  serta  hal  lain  yang mempunyai  kepentingan
                  Pentadbiran                         bersama.
            BAB                                    •  Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan
                                                      Persekutuan ditubuhkan  bagi membantu  Pesuruhjaya
                                                      Tinggi British.
                                                   •  Majlis  Mesyuarat  Persekutuan  mengandungi  ahli  rasmi
                                                      dan ahli tidak rasmi.
                                                   •  Ahli tidak rasmi pada peringkat permulaan dilantik oleh
                                                      Pesuruhjaya Tinggi.
                                                   •  Ahli Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada
                                                      pelbagai kaum.





                                                   •  Sebuah Majlis Raja-Raja dibentuk untuk membolehkan
                                                      Raja-raja Melayu memberikan pandangan dalam perkara
                  Kuasa Raja-raja                     yang tertentu.
                  Melayu                           •  Bagi peringkat negeri pula, sultan bertanggungjawab
                                                      mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam
                                                      Dewan Perundangan Negeri.




                                                   •  Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya
                                                      Tinggi. Bidang kuasa Majlis Perundangan Persekutuan
                  Perundangan                         mencakupi hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman,
                                                      perdagangan, komunikasi dan percukaian.
                                                   •  Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja
                                                      Melayu melalui Majlis Raja-Raja.



                    134
                    134
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147