Page 64 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 64
Berakhir Perang Dunia Pertama
Penglibatan Amerika Syarikat dalam perang membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga pada tahun
1918. Jerman kemudiannya dipaksa menandatangani gencatan senjata. Beberapa siri persidangan
dan perjanjian damai yang diadakan selepas tamat perang telah memberikan kesan kepada negara
di Eropah. Amerika Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Pertama.
Persidangan Damai Paris
3 Persidangan Damai Paris diadakan pada 18 Januari 1919 untuk membincangkan syarat perdamaian
selepas perang. Syarat ini bertujuan memastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan
BAB di Eropah. Persidangan tersebut melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, iaitu cadangan
Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian. Deklarasi ini merangkumi dua prinsip utama,
iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa.
Perjanjian Versailles
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919.
Berdasarkan perjanjian tersebut, Jerman dikehendaki:
• Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang.
• Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.
• Mengehadkan saiz angkatan tentera.
• Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.
Perjanjian Versailles juga menetapkan penubuhan Liga Bangsa-Bangsa untuk menggalakkan keamanan
dan kerjasama antarabangsa.
PETUNJUK NORWAY Lithuania, Estonia dan
Wilayah diambil Latvia menjadi negara
daripada Jerman yang merdeka
Zon Bebas Tentera SWEDEN
Negara Merdeka ESTONIA
Danzig menjadi LATVIA
bandar bebas yang
DENMARK ditadbir oleh Liga
Diserahkan kepada Bangsa-Bangsa LITHUANIA
Denmark Memel Diserahkan
Schleswig Utara kepada
Prussia Lithuania
Perjanjian damai ditandatangani di Istana Timur
Versailles, Paris, Perancis, pada 28 Jun 1919. Rhineland menjadi
Zon Bebas Tentera POLAND
Sumber: https://www.alamy.com. Dicapai pada JERMAN Prussia
Barat dan
2 September 2019. Posen Diserahkan
Saarland ditadbir oleh kepada Poland
Liga Bangsa-Bangsa
Upper
Jerman dikenakan tindakan seperti Silesia
yang terkandung dalam Perjanjian PERANCIS Alsace -Lorraine
Versailles. Bincangkan. Diserahkan
kepada Perancis
SWITZERLAND AUSTRIA HUNGARY
Perjanjian Versailles. Peta menunjukkan pengagihan wilayah Jerman berdasarkan Perjanjian
Versailles.
Sumber: Diubah suai daripada Cambridge IGCSE, 2016. Modern World
History. London: Hodder Education.
56

