Page 65 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 65

Kesan Perang Dunia Pertama

                    Perang Dunia Pertama memberikan kesan besar terhadap negara
                    Eropah. Negara kita turut terkesan akibat perang tersebut.

                    Keruntuhan Pemerintahan Beraja

                    Perang Dunia Pertama telah menamatkan sistem pemerintahan
                                                                             Jerman menandatangani gencatan senjata.
                    beraja  di  Jerman, Austria-Hungary,  Rusia  dan  empayar   Berakhirnya Perang Dunia Pertama.
                    Uthmaniyah. Kerajaan Republik Jerman didirikan apabila   Sumber: https//www.alamy.com. Dicapai
                    Kaiser  Wilhem  II  terpaksa  turun  takhta  dan  mendapatkan   pada 2 September 2019.      BAB
                    perlindungan  politik  di  Belanda.  Empayar Austria-Hungary
                    di  bawah  pemerintahan  Dinasti  Habsburg  berakhir  apabila                               3
                    timbul pemberontakan di wilayah yang dikuasainya.
                       Revolusi  yang  tercetus  di  Rusia  menumbangkan
                    pemerintahan beraja Tsar Nicholas II dan kerajaan komunis
                    pertama  di  dunia  terbentuk  di  bawah  pimpinan  Vladimir
                    Lenin.  Khalifah  empayar  Uthmaniyah,  Sultan  Mehmed  VI
                    digulingkan  dan  kerajaan  Turki  bercorak  republik  diketuai
                    oleh Mustafa Kemal Ataturk.

                    Kemunculan Negara Baharu

                    Keruntuhan  empayar Austria-Hungary  melahirkan  negara
                                                                              Mustafa Kemal Ataturk,
                    baharu  seperti  Austria,  Hungary,  Czechoslovakia  dan   Presiden Republik Turki.
                    Yugoslavia.  Perpecahan  empayar  Rusia  membawa  kepada   Sumber: Pusat Maklumat Utusan dan Unit
                    penubuhan negara baharu seperti Poland, Estonia, Latvia dan   Foto Utusan Melayu (M) Bhd.
                    Lithuania.  Perpecahan  empayar  Uthmaniyah  menyebabkan
                    muncul negara baharu seperti Lebanon, Syria dan Iraq.

                    Kesan terhadap Negara Kita                                 Antara  undang-undang  berkaitan
                                                                               dengan perang yang diluluskan:
                                                                                 •  To Vest in the High
                    Bagi  menyekat  kebangkitan  orang  Melayu,  Raja-raja         Commissior Exceptional
                    Melayu  diminta  menandatangani  perisytiharan  perang  yang   Power in Time of Public
                    menyokong dan memberikan taat setia kepada kerajaan British.   Emergency Enactment 1914.
                       Pelbagai  undang-undang  yang  berkaitan  dengan          •  The Trading With Enemy
                    perang  diluluskan  oleh  pentadbiran  British,  termasuk      Enactment 1914.
                    memperuntukkan  kuasa  Pesuruhjaya  Tinggi  British  untuk   •  The Naval and Military
                    meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera        News (Emergency)
                    jika keadaan memerlukan.                                       Enactment 1914.
                       Kemakmuran ekonomi negeri Melayu juga dimanipulasi      Sumber: Ahmad Kamal Arifin Mohd. Rus.
                                                                               “Perang  Dunia  Pertama  dalam  Sejarah
                    oleh British. Wang hasil bijih timah dan getah digunakan untuk   Tanah Melayu: Analisis Terpilih Mengenai
                    membiayai operasi British dalam Perang Dunia Pertama.      ‘Penglibatan’  Negeri-Negeri  Melayu
                                                                               Bersekutu,  1914–1918”  dlm.  Jurnal
                                                                               Sejarah, Vol. II No. II, 2003.

                     Perang  Dunia  Pertama  memberikan  iktibar  kepada  kita
                     tentang  kepentingan  keamanan  dunia.  Namun  begitu,
                                                                               Hasilkan  satu  peta  pemikiran
                     perdamaian  yang  dicapai  hanya  bersifat  sementara.  Dua   yang sesuai bagi menggambarkan
                     puluh tahun selepas itu, Perang Dunia Kedua pula meletus.  kesan Perang Dunia Pertama.

                                                                                                     57
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70