Page 67 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 67

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa


                    Liga Bangsa-Bangsa berperanan untuk memastikan keamanan dunia dan mewujudkan kerjasama
                    antarabangsa.  Namun  begitu,  kegagalan  Liga  Bangsa-Bangsa  dalam  usaha  menguatkuasakan
                    perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia
                    Pertama menyebabkan dunia terdedah kepada konflik berterusan dan mengakibatkan meletusnya
                    Perang Dunia Kedua.






                    Cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia                                             BAB
                    Pertama.                                                                                    3

                    Krisis Manchuria (1931–1933)
                    •  Jepun menakluki Manchuria, iaitu wilayah di bawah
                      penguasaan China.
                    Perjanjian Pelucutan Senjata (1932–1934)
                    •  Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa dan
                      memperbesar angkatan tenteranya secara terbuka.
                    Krisis Habsyah (1935–1936)
                    •  Itali menyerang Habsyah di Afrika.

                                                                            Setem  pos  Jerman  1938  meraikan
                                                                            hubungan  erat  Hitler  dan  Mussolini.
                                                                            Slogan di atas setem membawa maksud:
                                                                            “Dua orang dan satu perjuangan.”
                                                                            Sumber: https://www.alamy.com. Dicapai pada
                                                                            2 September 2019.


                                                                            Kuasa utama dalam Perang Dunia
                                                                            Kedua
                                                                             Kuasa     Kuasa
                                                                             Paksi     Bersekutu
                                                                                       Britain
                                                                             Jerman
                                                                             Itali     Amerika Syarikat
                                                                             Jepun     Perancis
                                                                                       Rusia



                                                                                    Membuat Interpretasi


                                                                            Apakah mesej yang ingin disampaikan
                                                                            melalui  ilustrasi  berkaitan  dengan
                                                                            Perjanjian Pelucutan Senjata 1934?
                    Ilustrasi menggambarkan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa melaksanakan
                    Perjanjian Pelucutan Senjata 1934.
                    Sumber: Diubah suai daripada Cambridge IGCSE, 2016. Modern World History.
                    London: Hodder Education.


                                                                                                     59
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72