Page 68 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 68

Perang Dunia Kedua di Eropah

                                                          Perang  Dunia  Kedua  di  Eropah  meletus  apabila
                                                          Jerman  menyerang  Poland  pada  bulan  September
                                                          1939.  Peristiwa  tersebut  menyebabkan  Britain  dan
                                                          Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

                                                          Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat


             3                                            Selepas peperangan diisytiharkan, Jerman memulakan
                                                          serangan Blitzkrieg bagi menakluki negara di Eropah
            BAB                                           Barat.  Jerman  berjaya  menawan  Poland,  Denmark,
                                                          Norway,  Belanda,  Belgium,  Luxembourg  dan
                                                          Perancis.  Jerman  menguasai  hampir  keseluruhan
                                                          negara  di  Eropah  Barat  menjelang  pertengahan
                                                          tahun 1941.

                                                          Pengeboman Britain


                                                          Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap
                                                          Britain pada bulan September 1940 sehingga bulan
                                                          Jun  1941.  Jerman  menyerang  dan  memusnahkan
                  Poster propaganda perang Rusia yang bermaksud   pelabuhan,  kawasan  perindustrian  dan  pertahanan
                  “Rusia bebas daripada penaklukan Jerman”.
                                                          udara  Britain.  Serangan  tersebut  telah  menjejaskan
                  Sumber:  https://www.alamy.com.  Dicapai  pada
                  2 September 2019.                       ekonomi Britain.
                                                          Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah


                                                          Itali,  sekutu  Jerman  mengisytiharkan  perang
                                                          terhadap Britain dan Perancis pada bulan Jun 1940.
                  Operasi Barbarossa                      Tentera Itali menyerang Perancis melalui arah selatan,
                  •  Hitler mengarahkan lebih tiga juta   manakala  tentera  Jerman  menyerang  Perancis  dari
                    tentera menyerang Rusia dengan        arah utara.
                    dibantu oleh 3350 kereta kebal dan
                    2270 kapal terbang.
                  •  Operasi disertai oleh tentera        Serangan Jerman ke atas Rusia
                    Finland, Hungary dan Romania.
                  Sumber: Smithsonian, 2015. World War II   Setelah  menguasai  Eropah  Barat,  Jerman  telah
                  The Definitive Visual History. New York: DK   melancarkan  Operasi  Barbarossa,  iaitu  serangan
                  Publishing.
                                                          besar-besaran  untuk  menawan  Rusia.  Hitler  ingin
                                                          menguasai Rusia, iaitu empayar terbesar di Eropah
                                                          untuk  mencapai  cita-citanya  menguasai  seluruh
                                                          Eropah.  Operasi  ini  menyasarkan  bandar  utama
                                                          di Rusia, iaitu Leningrad, Moscow dan Stalingrad.
                  Blitzkrieg  bermaksud  serangan  kilat.
                  Kapal  terbang  Jerman  mengebom
                  sasaran musuh, diikuti dengan serangan
                  kereta kebal dan tentera bermotosikal.



                    60
                    60
                    60
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73