Page 70 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 70

Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah

                  Kerjasama kuasa besar dan keberkesanan strategi serangan balas membawa kejayaan kepada Kuasa
                  Bersekutu.  Kemenangan  pihak  Bersekutu  memberikan  iktibar  kepada  kita  tentang  kepentingan
                  bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran.
                  Kerjasama Kuasa Besar

                  Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill

             3    sering bertemu untuk membuat keputusan politik dan ketenteraan. Kemudian, kerjasama ini
                  melibatkan Presiden Rusia, Joseph Stalin.
                      Di  medan  peperangan,  tentera  Bersekutu  daripada  ketiga-tiga  perkhidmatan,  iaitu  tentera
            BAB   darat,  udara  dan  laut  beroperasi  di  bawah  Komander  Tertinggi  Bersekutu  yang  diketuai  oleh

                  Amerika Syarikat.











                    Tiga tokoh kuasa besar dunia yang terlibat dalam Perang   Poster  propaganda  pihak  Bersekutu  menentang  Jerman
                  Dunia Kedua. Joseph Stalin (kanan), Franklin Roosevelt   dalam Perang Dunia Kedua di Eropah.

                  (tengah) dan Winston Churchill (kiri), bertemu di Yalta,   Sumber: https://www.alamy.com. Dicapai pada 2 September 2019.
                    Rusia, ketika Perang Dunia Kedua.
                    Sumber: Khasnor Johan, et al., 1996. Sejarah Peradaban Dunia.
                  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

                  Keberkesanan Strategi Serangan

                  Kesilapan Kuasa Paksi membuat keputusan politik dan ketenteraan dalam operasi menawan Rusia
                  membawa kegagalan.
                      Sementara  itu,  Kuasa  Bersekutu  pimpinan  Amerika  Syarikat  memperlihatkan  keunggulan
                  dalam  perancangan  ketenteraan,  terutama  kejayaan  operasi  pendaratan  tentera  Bersekutu
                  di Normandy, Perancis.


                  Kegagalan Operasi Menawan Rusia
                  Serangan  terhadap  Rusia  berjalan  lancar  pada  peringkat  awal.  Walau  bagaimanapun,  Jerman
                  kehilangan banyak nyawa tenteranya apabila perang melewati dua musim sejuk di Rusia.
                      Tempoh perang yang panjang ini menyebabkan tentera Jerman kehabisan peluru, minyak dan
                  makanan yang akhirnya melemahkan semangat tenteranya. Jeneral Jerman, Friedrich Von Paulus
                  mengingkari perintah Hitler untuk meneruskan peperangan dan menyerah kalah kepada tentera
                  Rusia di Stalingrad pada bulan Januari 1943.

                    62
                    62
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75