Page 72 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 72

3.4  Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

                  Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941–1945) juga dikenali sebagai Perang Pasifik. Pertempuran
                  ini  berlaku  di  Lautan  Pasifik, Tanah  Besar Asia  dan  Kepulauan Asia Tenggara.  Perang  Pasifik
                  berpunca daripada kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia yang menjalankan imperialisme
                  di rantau Asia Pasifik.

                  Peluasan Kuasa Jepun


             3    Pembaharuan Meiji telah membawa pemodenan sehingga Jepun muncul sebagai negara industri
                  dan  memiliki  kuasa  ketenteraan  yang  setaraf  dengan  kuasa  Barat.  Demi  memenuhi  keperluan
            BAB   ekonomi dan ketenteraan serta perkembangan politik dalam negara, Jepun melaksanakan dasar
                  peluasan kuasa.

                  Dasar Peluasan Kuasa Jepun

                  Peluasan  kuasa  Jepun  berkait  dengan  keperluan  perindustrian,  pengaruh  golongan  tentera
                  dan mewujudkan orde baharu Asia.


                                    Keperluan Perindustrian

                                    Pada akhir abad ke-19, Jepun sebagai sebuah kuasa industri berusaha mengurangkan
                                    pergantungan  kepada  negara  Barat  untuk  mendapatkan  bahan  mentah.  Jepun
                                    memerlukan wilayah yang dapat membekalkan bahan mentah dan menjadi kawasan
                                    pasaran bagi mengembangkan lagi perindustrian.



                                    Pengaruh Golongan Tentera
                                    Pada  abad  ke-20,  Jepun  mempunyai  angkatan  tentera
                                    paling  moden  di  Asia.  Jepun  semakin  agresif  apabila
                                    golongan  tentera  menguasai  politik  pada  tahun  1932.
                                    Golongan tentera berpendapat bahawa masalah ekonomi
                                    Jepun  boleh diselesaikan menerusi penaklukan kawasan
                                    yang  kaya  dengan  bahan  mentah  dan  boleh  menjadi
                                    kawasan pasaran. Pada Oktober 1941, Jeneral Hideki Tojo
                                    menjadi  Perdana  Menteri  Jepun  dan  mengheret  Jepun
                                    ke kancah peperangan.

                                                                                         Jeneral Hideki Tojo
                 Peluasan kuasa Jepun sehingga Perang
                 Dunia Kedua                                        Orde Baharu Asia
                  1910 Jepun menguasai Korea.                       Di bawah pengaruh tentera, dasar luar Jepun
                  1932 Jepun menduduki Manchuria.                   terarah kepada matlamat mengembangkan
                                                                    kuasa, mewujudkan kebebasan ekonomi dan
                  1937 Jepun menduduki China.
                                                                    menentang imperialisme Barat.
                  1941 Jepun menduduki Indochina.
                                                                      Jepun  mewujudkan  orde  baharu  di  Asia
                                                                    Timur yang merangkumi Jepun, Korea, China
                                                                    dan Manchuria ke dalam satu blok ekonomi.
                                                                    Orde  tersebut  kemudiannya  dikembangkan
                                                                    ke seluruh Asia.

                    64
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77