Page 71 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 71
BRITAIN
BELGIUM
Calais
SELAT Lille
INGGERIS
Lokasi
Tentera Jerman
1 2
3 4 5
Cherboug Dieppe Amiens BAB
Le Havre PERANCIS
Rouen 3
Normandy
Paris
Sungai Seine
Pendaratan Tentera Bersekutu di Normandy
Pendaratan Tentera Udara 1. Pantai Utah (Tentera Amerika Syarikat)
2. Pantai Omaha (Tentera Amerika Syarikat)
3. Pantai Gold (Tentera British)
Kemaraan Tentera Bersekutu 4. Pantai Juno (Tentera Kanada)
5. Pantai Sword (Tentera British)
Peta pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis.
Sumber: Diubah suai daripada Joy Moreira, 2000. World in Transition Perspective on Modern World History. Singapura: EPB.
Kejayaan Operasi Pendaratan Tentera Bersekutu
Melalui operasi yang diberikan nama kod “D-Day”, tentera Bersekutu berjaya mendarat
di Normandy, Perancis, pada Jun 1944. Tentera Bersekutu berjaya memperdayakan tentera Jerman
dengan menyebarkan maklumat yang meyakinkan tentera Jerman bahawa pendaratan tentera
Bersekutu akan berlaku di Calais, bukannya di Normandy.
Kejayaan tersebut meningkatkan semangat tentera Bersekutu dan menjadi titik tolak kepada
kejayaan membebaskan Perancis dan negara Eropah Barat daripada penaklukan Jerman.
Kejayaan operasi “D-Day” membolehkan tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah barat.
Pada masa yang sama, tentera Rusia menyerang Jerman dari bahagian timur. Kematian Hitler pada
bulan April 1945 telah mengubah landskap perang di Eropah. Jerman kemudiannya menandatangani
perjanjian menyerah kalah, sekali gus menamatkan perang yang berlangsung selama enam tahun
di Eropah.
Kejayaan dalam perang di Eropah membolehkan Secara berkumpulan, kaji peta pendaratan tentera
tentera Bersekutu memberikan perhatian Bersekutu di Normandy.
kepada peperangan di Asia Pasifik dalam usaha Bincangkan strategi yang membawa kejayaan
menghadapi kemaraan tentera Jepun. tentera Bersekutu di Normandy yang menjadi
titik tolak kepada kejayaan tentera Bersekutu.
Jelaskan ketokohan pemimpin
Kuasa Bersekutu dalam Perang
Dunia Kedua di Eropah.
63
63

