Page 102 - Geografi_Tingkatan_4
P. 102

7.2         FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
                         LULUH HAWA


             Luluh hawa yang berlaku pada batuan akan mengambil masa yang lama untuk terurai. Keadaan ini
             terjadi disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:


                           Batuan                                        Iklim

             ●  Batuan yang keras mempunyai ketahanan       ●  Luluh hawa kimia lebih aktif di kawasan
                yang tinggi terhadap luluh hawa.               tropika lembap kerana suhu yang tinggi
             ●  Batu granit lambat terluluh hawa berbanding    27°C dan hujan tahunan 2600 mm.
                batuan lembut seperti batu kapur, dolomit   ●  Luluh hawa fizikal sangat dominan
                dan gipsum.                                   di kawasan gurun kerana julat suhu
             ●  Struktur batuan yang mengalami banyak         harian yang tinggi, ketiadaan litupan
                rekahan lebih cepat mengalami luluh hawa       tumbuhan dan menerima hujan kurang
                kerana rekahan memudahkan air                 250 mm setahun.
               memasuki batuan.                             ●  Perubahan suhu yang ketara di kawasan
             ●  Batuan yang mengandungi mineral seperti        gurun menyebabkan batuan mengalami
                besi, kalsium dan magnesium mudah              proses kembang kecut dan akhirnya
                mengalami luluh hawa kimia.                   pecah menjadi serpihan-serpihan kecil.
                                                            ●  Di kawasan iklim sederhana, tindakan
                                                              fros/ibun lebih berkesan pada batuan
                            Biotik                             semasa musim sejuk.

             ●  Luluh hawa biologi boleh berlaku akibat
                tindakan akar tumbuhan memasuki                          Masa
               rekahan batuan.
             ●  Kegiatan haiwan pengorek tanah seperti      ●  Faktor masa turut menggalakkan
                arnab, cacing, ular dan tikus memudahkan       proses luluh hawa batuan.
                air memasuki rekahan batuan serta           ●  Batuan keras seperti batu granit
                melemahkan batuan dalam tanah.                mengambil masa yang lebih lama
             ●  Tindakan bakteria yang mengeluarkan           untuk terluluh hawa berbanding
               cecair asid mampu menguraikan batuan           batuan lembut iaitu batu kapur.
               dan menyebabkan luluh hawa biologi.          ●  Semakin lama batuan terdedah
             ●  Aktiviti manusia seperti perlombongan,         kepada proses luluh hawa, semakin
                pembinaan dan pengkuarian menyebabkan          jelas kesan pada batuan tersebut.
                batuan terluluh hawa.





                  Info
                                                                                 7B
                Kawasan tropika lembap terletak berhampiran dengan
                garisan Khatulistiwa yang mengalami panas dan lembap   Bagaimanakah faktor iklim di kawasan tropika
                sepanjang tahun. Min suhu tahunan ialah 27 C.  lembap mempengaruhi luluh hawa?
                                                o



                                                       91
                                                       91
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107