Page 103 - Geografi_Tingkatan_4
P. 103

7.3         PROSES LULUH HAWA FIZIKAL, LULUH HAWA
                       KIMIA DAN LULUH HAWA BIOLOGI


           Luluh hawa fizikal, luluh hawa kimia dan luluh hawa biologi terbahagi kepada beberapa proses.
           Antara proses-proses tersebut ialah:

                                       Proses Luluh Hawa Fizikal

             a  Perubahan Suhu Ekstrem

             ●  Perubahan suhu ekstrem berlaku di kawasan gurun.
             ●   Suhu yang tinggi pada waktu siang akan menyebabkan mineral batuan mengembang.
             ●   Pada waktu malam pula, mineral akan mengecut kerana suhu yang rendah.
             ●   Proses kembang kecut batuan secara berulang-ulang pada masa yang lama akan
                 menyebabkan batuan pecah melalui tiga cara:
                 (i)  Pengelupasan
                     •  Proses kembang kecut menyebabkan lapisan luar batuan retak dan pecah.
                     •  Lapisan luar batuan akan mengelupas dan menjadi serpihan kecil seperti batu granit.

                     ➊                  ➋                  ➌                  ➍
                      Batuan mengembang                        Batuan retak    Permukaan batuan asal
                                          Batuan mengecut                                 Pecahan
                                                                                          batuan





                      Batuan mengembang   Batuan mengecut    Batuan retak dan   Lapisan luar batuan
                       pada waktu siang.  pada waktu malam.  pecah kerana proses   mengelupas.
                                                            kembang kecut yang
                                                              berulang-ulang.

                                              Rajah 7.1  Proses pengelupasan
                 (ii) Pemecahan bongkah
                     •  Pemecahan bongkah berlaku pada batuan yang mempunyai rekahan segi empat.
                     •  Proses kembang kecut akibat perubahan suhu pada rekahan batuan bersegi empat
                      menyebabkan rekahan batuan pecah secara bongkah seperti batu kapur.

                                                                           Bongkah

                          Rekahan





                                        Rajah 7.2  Proses pemecahan bongkah

                                                  GLOSARI

            Mineral: Bahan semula jadi bukan organik yang terbentuk di dalam bumi dan mengandungi kandungan kimia serta
            susunan tertentu.                                         Kembang-kecut berulang pada batuan
                                                  Batuan asal
                                                     92
                                                     92
                                                                       Serpihan
                                                                       batuan
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108