Page 104 - Geografi_Tingkatan_4
P. 104
(iii) Penyepaian berbutir Rekahan Bongkah
• Penyepaian berbutir berlaku Kembang-kecut berulang pada batuan
pada batuan yang mengandungi Batuan asal
mineral feldspar, kuartzit Serpihan
dan mika. batuan
• Proses kembang kecut batuan
yang berulang mengakibatkan
batuan pecah secara berbutir
seperti batu granit.
Rajah 7.3 Proses penyepaian berbutir
b Basah Kering Batuan
● Proses basah kering batuan giat berlaku
di kawasan tropika lembap dan di kawasan
pinggir pantai.
● Semasa hujan, batuan akan mengembang
kerana basah. Batuan yang terkena pancaran
matahari, akan mengering.
● Proses basah kering yang berulang mengakibatkan
batuan pecah seperti Pantai Pasir Tengkorak,
Langkawi (Kedah).
Foto 7.1 Proses basah kering batuan
c Tindakan Fros/Ibun
● Tindakan fros/ibun pada batuan di kawasan iklim sederhana sejuk dan kawasan pergunungan
menyebabkan proses beku cair berlaku pada batuan secara berulang-ulang.
● Proses beku cair yang berulang menyebabkan rekahan batuan semakin besar dan pecah
membentuk serpihan batuan.
● Serpihan batuan yang terkumpul di cerun-cerun gunung dikenali sebagai talus atau skri
seperti utara Scotland.
➊ ➋ Air ➌ Ais ➍ Serpihan batuan
Air membeku mencair jatuh ke tanah
Serpihan batuan terpisah
daripada batuan induk
Talus atau skri
(cerun-cerun enapan)
Rajah 7.4 Tindakan fros/ibun
Info
Ibun abadi ialah tanah lapisan bawah yang beku sepanjang tahun seperti yang terdapat di kawasan kutub.
(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015)
93
93

