Page 13 - BUKU TEKS PJPK 2021
P. 13
Melombol Halangan
Aktiviti lombol kangkang ialah aktiviti yang melibatkan imbangan dinamik.
Aksi ini memerlukan seseorang mengaplikasikan daya yang sesuai bagi
menghasilkan lompatan yang baik. Jassen dan rakan-rakannya aktif
berlatih melakukan ansur maju kemahiran lombol kangkang dengan
tunjuk ajar guru mereka.
Kamu boleh
mengawal daya
tegak (vertical force)
yang dihasilkan
di papan anjal
dengan melompat
ke papan anjal
secara kaki lurus.
KESELAMATAN
Bagi mengelakkan risiko
kecederaan, kamu perlu fokus dan
boleh meminta bantuan rakan untuk
bertindak sebagai penyokong.
Pastikan kedudukan
tangan sebagai tapak
sokongan berada di atas
Akmal, kamu perlu peti lombol dan dibuka
melonjak pada papan anjal seluas bahu.
dengan menggunakan Ya,
kedua-dua belah kaki supaya saya faham.
daya lonjakan yang Terima kasih,
dihasilkan seimbang. Jassen.
KBAT
TMK
Adakah faktor kelajuan
Buat carian melalui Internet lakuan dalam imbangan
tentang lombol kangkang dan dinamik mempengaruhi
cari tip lakuan yang betul. kestabilan? Jelaskan.
1.2.1 5
2.2.1
5.4.3

