Page 15 - BUKU TEKS PJPK 2021
P. 15
Lompat Berputar
Pravin teruja untuk melakukan aksi melompat di atas trampolin dan mendarat
di atas trampolin. Dia akan melompat sambil membuat putaran menegak
90°, 180° diikuti putaran 360° dan mendarat. Melompat di atas trampolin
memerlukan imbangan badan semasa melantunkan badan dan ketika
berputar di udara.
Luruskan kaki dan buat
1 2 3 4 lompatan secara menegak.
Ayunkan tangan lurus
ke atas mengikut arah
pusingan, rotasikan pinggang
dan pusingkan kaki secara
menegak. Kemudian, mendarat
dengan kedua-dua belah kaki
sambil lutut difleksikan.
Melompat serta melakukan putaran menegak 90° dan mendarat
1 2 3 4 5
Pandangan sisi
Melompat serta melakukan putaran menegak 180° dan mendarat
1 2 3 4 5 6 7
Melompat serta melakukan putaran menegak 360° dan mendarat
IMBAS SAYA
Video aksi melompat
di atas trampolin.
1.3.1 7
2.3.1
5.2.1

