Page 17 - BUKU TEKS PJPK 2021
P. 17
Bergayut dan Berayun
Cikgu Helen sedang mengajarkan kemahiran gayut dan ayun pada
palang kepada murid Tahun 5 Zuhal. Nana dan rakan-rakannya sangat
seronok melakukan lakuan bergayut dan berayun pada palang.
1 Menyokong badan dengan
kedua-dua belah tangan
di atas palang sambil
mengayunkan badan.
Pastikan badan
berkeadaan lurus
semasa mengayunkan
badan.
Saya mesti luruskan
tangan semasa bergayut
songsang. Saya yakin boleh
melakukannya!
2 Bergayut songsang dengan
menggunakan genggaman
atas dan kaki dirapatkan
ke dada.
KESELAMATAN
Pastikan lakuan ini
dibantu atau disokong
oleh penyokong.
3 Bergayut songsang
dengan menggunakan
genggaman bawah dan
kaki diluruskan ke atas.
KBAT
Apakah jenis genggaman
yang kamu pilih ketika
melakukan aksi bergayut
songsang? Jelaskan.
1.4.1 9
1.4.2
2.4.1
5.2.1

