Page 140 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 140
Sebagai Setiausaha Kelab Sains dan Teknologi, Amna perlu menulis surat
undangan kepada tiga buah sekolah tersebut untuk menyertai pameran yang
akan diadakan.
Kelab Sains dan Teknologi, Alamat pengirim
SK Seri Permai, Garis panjang
31200 Ipoh, melintang
PERAK DARUL RIDZUAN.
_______________________________________________________________
Pengerusi, Nama dan alamat Tarikh surat
Kelab Sains dan Teknologi, penerima ditulis
SK Lembah Sirih,
31200 Ipoh,
PERAK DARUL RIDZUAN. 18 JULAI 20oo.
Tuan, Panggilan hormat
Undangan Menyertai Pameran Hari Sains dan Teknologi Tajuk surat
Merujuk perkara di atas, pihak Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Permai
ingin mengundang Kelab Sains dan Teknologi sekolah tuan untuk menyertai
pameran Hari Sains dan Teknologi yang akan diadakan di sekolah kami.
2. Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi adalah untuk ... .
3. ____
Isi-isi penting
4. ____
Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Atas kerjasama dan perhatian tuan, kami
dahulukan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
Amna
(AMNA BINTI AZMAN) Tandatangan dan nama pengirim
Setiausaha,
Kelab Sains dan Teknologi, Jawatan
SK Seri Permai.
Aktiviti
Hasilkan surat kiriman rasmi berdasarkan bahan secara koheren dan kohesi.
Nota Guru
• Bimbing murid menghasilkan penulisan surat kiriman rasmi secara koheren dan kohesi.
3.3.1 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan
EMK: Sains dan teknologi 131

