Page 141 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 141

Tatabahasa

                                      Kuasa di Hujung Jari
                                        Kuasa di Hujung Jari

           Izzah dan Amna membaca kisah kejayaan pelajar kolej vokasional.

                                        1. Amiruddin pelajar Diploma Jurusan Teknologi Elektronik.
                                        2. Adeeb pelajar Diploma Jurusan Teknologi Elektronik. (dan)

                                        Ayat Majmuk Peluasan Subjek:
                                        Amiruddin dan Adeeb pelajar Diploma Jurusan Teknologi
           Wan Amiruddin bin Wan Amran   Elektronik.
           dan Adeeb Aideen bin Mat Yusof,   1. Mereka telah mencipta sistem menghidupkan motosikal
           pelajar Kolej Vokasional Bachok
                                            dengan imbasan cap jari.
                                        2. Mereka peka akan masalah kecurian motosikal. (kerana)
                                        Ayat Majmuk Peluasan Predikat:
                                        Mereka telah mencipta sistem menghidupkan motosikal
                                        dengan imbasan cap jari  kerana peka akan masalah
                                        kecurian motosikal.

           Mereka mencipta sistem tersebut sebagai projek tahun akhir. Mereka berusia
           19 tahun ketika itu (yang). Mereka mengambil masa selama enam bulan. Mereka
           menyiapkan prototaip sistem tersebut (untuk). Motosikal boleh menggunakan
           sistem tersebut. Kereta boleh menggunakan sistem tersebut (dan).
               Kenderaan tidak boleh dibuka oleh orang lain. Kenderaan telah dipasang
           dengan sistem tersebut (yang). Hanya pemilik cap jari boleh menghidupkannya.
           Hanya orang yang sudah direkodkan dalam sistem boleh menghidupkannya
           (atau).
               Masalah kecurian kenderaan dapat diatasi. Sistem tersebut sukar untuk
           diceroboh (kerana). Sesiapa pun tidak boleh menghidupkan kenderaan. Mereka
           tidak menggunakan cap jari pemilik yang sah (sekiranya).
               Pelajar kolej sudah mula membuat tempahan pemasangan sistem tersebut.
           Pensyarah kolej sudah mula membuat tempahan pemasangan sistem tersebut
           (dan). Amiruddin dan Adeeb dapat menyiapkan sistem tersebut dalam masa
           kira-kira 12 hari sahaja. Alatan yang diperlukan lengkap (jika).

                                                                    (Sumber: Kolej Vokasional Bachok)
                                       Munsyi Cilik
                                   Ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat terdiri
                                   daripada ayat-ayat yang mengalami peluasan dengan unsur
                                   kata hubung gabungan, relatif, komplemen, dan keterangan
                Aktiviti           pada subjek dan predikat ayat.

           Bina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan ayat-ayat
           yang diberikan dalam perenggan.
                     Nota Guru
                          • Bimbing murid memahami ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.
                   5.3.1  • Bimbing murid membina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat mengikut konteks.
          132               Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual    KBAT: Mengaplikasi – Membina
                            EMK: Sains dan teknologi
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146