Page 146 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 146

Seni Bahasa


                                       Penginovasi Luncur Jet
                                    Penginovasi Luncur Jet

             Sewaktu pulang ke kampung, Izzah melihat Pak Cik Din sedang membuat luncur
             jet di pekarangan rumahnya. Pak ciknya itu sedang memerah otak untuk menyiapkan
             luncur jet itu. Beliau telah meminta buah fikiran Izzah. Beliau memberi Izzah katalog
             warna untuk memilih warna yang sesuai.

            “Berdasarkan panduan yang pernah             “Luncur jet ini dibuat daripada bot kaca
            ayah saya ajarkan, saya cadangkan            gentian terpakai. Hendal basikal pula
            warna ini, Pak Cik Din,” kata Izzah.         digunakan agar luncur jet ini mudah dikawal.
                                                         Kos ciptaannya jauh lebih murah berbanding
                                                         dengan harga luncur jet dalam pasaran.
                                                         Yang menariknya, luncur jet ini boleh
                                                         bergerak dalam keadaan mengundur,” jelas
                                                         Pak Cik Din.





                            ke mana tumpahnya kuah
             otak geliga    kalau tidak ke nasi


            “Wah, hebatnya inovasi yang Pak Cik Din
            buat! Tentu pak cik mendapat banyak
            tempahan,” puji Izzah.                        tulang empat   di mana ada kemahuan
                                                          kerat          di situ ada jalan

                                                         “Pada masa akan datang, pak cik akan
                                                         terus melakukan inovasi. Pak cik mahu
                                                         menghasilkan luncur jet yang lebih
                                                         canggih,” jelas Pak Cik Din.







              membuang masa       bulan jatuh ke riba




                 Aktiviti                                    titik peluh   usaha tangga kejayaan

            Bercerita dan ujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang
            santun dalam bentuk persembahan.
                Nota Guru
                     • Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan
              4.1.1    bahasa yang santun.
                     • Bimbing murid mempersembahkan cerita.                                    137
                       Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik     KBAT: Mengaplikasi – Melakonkan
                       EMK: Kreativiti dan inovasi           PAK-21: Main Peranan
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151