Page 143 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 143

Membaca

                                 Berinovasi demi Alam Lestari
                                 Berinovasi demi Alam Lestari
           Eva membaca berita tentang kejayaan seorang wanita Sarawak yang mencipta
           inovasi straw daripada beras.





             WARTA BORNEO



                           Straw Mesra Alam                             Ilmu tentang sains dan
                                                                        teknologi.
           SIMANGGANG, 28 Ogos – Seorang wanita dari bandar
           ini telah menjadi kebanggaan masyarakat setempat             Nilai menghargai jasa.
           setelah berjaya mencipta straw daripada beras huma
           yang diproses. Yang lebih membanggakan, usaha beliau
           telah mendapat pengiktirafan dan anugerah daripada
           pelbagai pihak.
               Menurut Imelda Bragie anak Jimie, inovasi straw ini
           tercetus apabila beliau melihat beras hancur daripada
           perusahaan padinya tidak mempunyai nilai pasaran
           yang tinggi. Beras hancur hanya diproses menjadi
           makanan ternakan. Oleh itu, beliau memulakan kajian
           untuk memberikan nilai tambah kepada beras tersebut.         Imelda Bragie anak Jimie
               Daripada kajian itu, terhasillah straw yang berasaskan
           beras putih, beras merah, dan beras hitam. Straw ini menonjolkan satu inovasi yang
           mampu menggantikan penggunaan straw plastik. Ciptaan ini ibarat serampang dua mata
           kerana membawa kebaikan kepada pelestarian alam sekitar dan pasaran beras tersebut.
               Kandungan straw daripada bahan semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia dapat
           mengekalkan rasa aslinya. Oleh itu, kandungan tersebut sama sekali tidak menjejaskan
           rasa minuman yang disedut. Selain itu, kandungannya mempunyai khasiat yang bersifat
           mesra alam.
               Straw ini juga dapat bertahan selama dua hingga lima jam jika digunakan dalam air
           panas. Jika dalam air sejuk pula, straw ini mampu bertahan selama lima hingga sepuluh
           jam. Yang lebih menarik, straw ini juga boleh dimakan dengan selamatnya. Jika tidak,
           straw ini boleh dijadikan baja tanaman kerana sifatnya yang mudah terurai sepenuhnya.










                                                                    (Sumber: Imelda Bragie anak Jimie)


          134
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148