Page 145 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 145

Menulis

                                Inovasi Pembelajaran Bahasa
                                  Inovasi Pembelajaran Bahasa
           Cikgu Nurul hendak menggunakan Boneka Peribahasa dalam pengajarannya.
           Beliau telah membaca dan membuat catatan berpandukan manual yang terdapat
           dalam cakera padat yang diperolehnya semasa menghadiri kursus. Cikgu Nurul
           telah menyemak catatannya kembali.

                                      BONEKA PERIBAHASA (BOSA)
           Kit BOSA bertujuan untuk memudahkan murid-murid memahami dan menggunakan
           peribahasa dengan betulnya. Selain itu, murid-murid seronok kerana mempelajari peribahasa
           di dalam keadaan santai. Kit ini juga diharap akan dapat mengayakan pengetahuan
           murid-murid tentang keindahan peribahasa Melayu.
           Alat-alat yang Digunakan

                                 Boneka atau anak patung
                                 Guru boleh menyediakan untuk murid-murid atau meminta  murid-murid
                                 membawanya sendiri. Bagi guru yang kreatif, mereka boleh membuat
                                 boneka tersebut sendiri untuk menjimatkan kos.


                                 Kad peribahasa
               mulut murai       Kad ini boleh dicetak pada kertas dengan menggunakan berbagai warna
                                 yang menarik. Kad ini perlu dilamina agar boleh digunakan berulang kali.
                 hati batu
                                 Peribahasa yang disediakan mestilah berkaitan dengan anggota badan.

                                 Kad pembayang maksud
                                 Kad ini mengandungi juga gambar yang sesuai untuk dijadikan klu bagi
                                 maksud peribahasa.


                                 Kad maksud
             bercakap banyak
                                 Kad ini dibuat berpandukan pada kad peribahasa. Maksud bagi setiap
                   degil         peribahasa yang digunakan ditulis pada kad ini.
           Cara-cara Penggunaan Kit BOSA
           1. Guru dengan murid membawa boneka seperti contoh.
           2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan-kumpulan.
           3. Tiap kumpulan perlu mempunyai sebuah boneka.
           4. Guru memberikan pembayang atau peribahasa maksud.
           5. Murid-murid diminta melekatkan kad peribahasa yang paling sesuai sekali pada anggota boneka.
           6. Wakil kumpulan akan menunjukkan kerja hasil mereka di hadapan kelas.
           7. Guru memberi komen kepada murid-murid.
                          (Sumber: Kit Pembelajaran Sokongan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
                Aktiviti          Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, Kuala Lumpur)

           Edit dan murnikan penggunaan frasa dalam teks.
                      Nota Guru
                           • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan frasa.
                    3.3.2  • Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks.
          136               Strategi PdP: Pembelajaran Masteri    KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
                            EMK: Kreativiti dan inovasi
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150