Page 144 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 144

Kemudian, Eva mencipta gurindam tentang inovasi straw dengan pautan berita
             tersebut untuk dikongsikan dalam Facebook miliknya. Eva mengharapkan
             kawan-kawannya memperoleh ilmu dan nilai dalam hantarannya.








                                            Gurindam Straw Beras

                                            Jika bumi kita cinta,
                                            Pastikan bahan plastik tiada.


                                            Jika berinovasi kena caranya,
                                            Alat yang hebat akan tercipta.


                                            Jika berkenan bolehlah cuba,
                                            Straw beras huma itulah dia.

                                            Jika dibuang reput batangnya,
                                            Alam sekitar akan terpelihara.

                                            Jika ke pokok menjadi baja,
                                            Jadilah straw yang serba guna.


                                            Jika haiwan jadikannya makanan,
                                            Itulah kelebihan inovasi tercipta.

                                            Jika dijual ada harganya,
                                            Boleh dieksport ke luar negara.

                                            Jika untung rakyat gembira,
                                            Umpama bulan jatuh ke riba.


                                            Nukilan: Eva Busran






                 Aktiviti
            Baca dan hargai ilmu dan nilai daripada teks berita dan gurindam. Kemudian,
            persembahkannya dalam pelbagai bentuk.
                Nota Guru
                     • Bimbing murid menyatakan ilmu dan nilai daripada bahan.
              2.3.2  • Bimbing murid mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk.
                       Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik        KBAT: Menilai – Menentukan   135
                       EMK: Kreativiti dan inovasi          PAK-21: Kerusi Panas
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149