Page 28 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 28

5.3  Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana menghadiri mesyuarat, taklimat,
                        bengkel, seminar atau kursus di luar sekolah, hendaklah menulis di papan kenyataan
                        dan memaklumkan kepada AJK Jadual Waktu sekurang-kurangnya  2 hari sebelum
                        tarikh berkenaan.
                  5.4  Apabila seseorang guru tidak berada di dalam kelas selepas 5 minit loceng berbunyi,
                        Ketua Kelas hendaklah dimaklumkan supaya memberitahu pejabat untuk urusan guru
                        ganti.

             6.   MENINGGALKAN  KAWASAN  SEKOLAH

                  6.1  Guru-guru  tidak dibenarkan  meninggalkan  kawasan  sekolah pada waktu  mengajar
                        kecuali atas arahan Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri atau pihak
                        sekolah. Jika atas urusan peribadi hanya urusan yang penting dan tidak dapat dielakkan
                        sahaja akan dibenarkan.
                  6.2  Guru-guru yang meninggalkan kawasan sekolah kerana  urusan rasmi atau peribadi
                        dikehendaki memaklumkan kepada Pengetua, Penolong Kanan atau Penolong Kanan
                        Petang. Perlu diingatkan bahawa hanya urusan yang penting sahaja akan dibenarkan
                        kecuali  bagi  kecemasan  yang  berlaku  secara  mendadak.  Semua  permohonan  ini
                        hendaklah disampaikan kepada Pengetua sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh
                        urusan itu.  Sekiranya  tempoh masa bertugas  pada hari tersebut tidak mencukupi
                        separuh dari masa bertugas ,Cuti Rehat Khas hendaklah dimohon.
                  6.3  Guru-guru  yang  meninggalkan  kawasan  sekolah  atas  urusan  keluarga  mestilah
                        memohon Cuti Rehat Khas sekiranya tempoh masa bertugasnya pada hari tersebut tidak
                        mencukupi separuh dari masa bertugas. Bagi guru-guru yang ada temujanji hospital sila
                        dapatkan time slip/cuti sakit (MC). Sila catatkan masa keluar dan pulang.
                  6.4  Guru  yang  keluar  dari  kawasan  sekolah  kerana  bertugas  atau  mengikuti  seminar
                        ataupun mesyuarat dikehendaki mengisi "Borang keluar masuk waktu bertugas” yang
                        disediakan di pejabat sebelum menghadiri kursus/seminar/mesyuarat.
                  6.5  Guru tidak  dibenarkan meninggalkan  kawasan sekolah  kerana urusan bukan  rasmi
                        kecuali dengan kebenaran Pengetua dan mengisi borang keluar masuk waktu bertugas
                        di  pejabat. Guru perlu  mengetip pada kad perakam waktu untuk masa keluar  dari
                        pejabat serta menyatakan keterangan bagi hal tersebut sebagai bahan bukti.
                  6.6  Apabila kembali semula ke sekolah guru  berkenaan  perlu  mencatatkan waktu balik
                        dalam borang yang sama dan juga perlu mengetip pada kad perakam waktu seperti yang
                        telah disediakan.
                  6.7  AJK Jadual Waktu juga hendaklah dimaklumkan untuk urusan jadual gantian jika perlu.
                        Kelas tidak boleh ditinggalkan tanpa guru pada bila-bila masa.
                  6.8  Guru-guru  yang  menghadiri  sebarang  kursus,  taklimat,  mesyuarat,  bengkel  atau
                        seminar di luar sekolah dikehendaki mengisi Minit Curai apabila kembali ke sekolah.
                        Borang  ini  terdapat  di  pejabat  dan  hendaklah  diisi  dalam  2  salinan.  Satu  salinan
                        hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan/HEM dan satu lagi kepada Pengetua.
                  6.9  Sebelum  meninggalkan  sekolah,  guru  diminta  meninggalkan  kerja  bertulis  kepada
                        murid-murid melalui Penolong Kanan atau Guru Jadual Waktu untuk digunakan oleh
                        guru ganti.











                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33