Page 29 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 29
7. PERHIMPUNAN SEKOLAH
7.1 Perhimpunan Rasmi Sekolah
7.1.1 Perhimpunan Rasmi Sekolah akan diadakan dua kali sebulan pada hari Isnin
minggu pertama dan minggu ketiga persekolahan. Oleh itu, semua guru
dikehendaki hadir tepat pada masanya dan sentiasa menjaga ketertiban dan
“dignity” (maruah) upacara tersebut.
7.1.2 Guru-guru lelaki diwajibkan memakai tali leher pada perhimpunan ini.
(Pemakaian Blazer digalakkan).
7.1.3 Perhimpunan ini diadakan di tapak perhimpunan pada pukul 7.20 pagi bagi sesi
pagi dan pukul petang bagi sesi petang.
7.1.4 Untuk penyampaian hadiah/cenderahati/sijil/sumbangan/penghargaan, setiap
penerima hendaklah disediakan berhampiran tempat penerimaan (pentas).
Tempat hadiah hendaklah disediakan dengan indah dan kemas dan penyampaian
hadiah hendaklah dibuat terus-menerus sehingga selesai dan guru unit
berkenaan diminta berada di tempat penyampaian hadiah pada majlis ini.
7.1.5 Perhimpunan ini dikendalikan oleh AJK Perhimpunan, AJK Disiplin dan Lembaga
Pengawas, AJK Siaraya dan guru bertugas mingguan.
7.1.6 Perhimpunan mingguan ini diadakan pada setiap hari Isnin walaupun dengan
ketiadaan Pengetua. Tugasnya akan diambilalih oleh Penolong Kanan.
7.1.6 Jika hari Isnin merupakan hari cuti umum, tidak ada perhimpunan rasmi pada
hari Selasa sebagai ganti.
7.1.7 Jika waktu perhimpunan melebihi masa yang ditetapkan, setiap waktu PdPc akan
dikurangkan 5 minit untuk membolehkan jadual hari tersebut disempurnakan.
7.1.8 Guru Perhimpunan wajib memastikan persiapan perhimpunan seperti kerusi,
lagu, bendera dan susunan murid lengkap sebelum menjemput Pengetua.
7.2 Perhimpunan Harian
7.2.1 Perhimpunan dikendalikan oleh AJK Perhimpunan, Pengumuman, AJK Disiplin,
Lembaga Pengawas dan Guru Bertugas Mingguan.
7.2.2 Semua murid dikehendaki berada di tapak perhimpunan tepat pada pukul
7.20 pagi untuk sesi pagi dan 12.30 tengah hari bagi sesi petang.
8. MESYUARAT GURU/ REFLEKSI/DIALOG PRESTASI, LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
8.1 Semua guru diwajibkan menghadiri semua mesyuarat guru/Taklimat/Dialog Prestasi
Sekolah manakala kursus-kursus perkembangan staf, kursus dalaman serta mesyuarat-
mesyuarat panitia mata pelajaran dan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu adalah
wajib bagi guru-guru yang terlibat.
8.2 Kehadiran guru dalam semua mesyuarat/Taklimat/Dialog Prestasi di atas akan direkod
dan guru yang tidak hadir tanpa Sijil Sakit diminta memberi surat makluman.
8.3 Mesyuarat guru/Taklimat/Dialog Prestasi diadakan pada hari Khamis (mengikut
keperluan). Oleh itu, guru-guru sesi pagi dikehendaki balik lewat manakala sesi petang
diminta datang awal. Sekiranya tiada mesyuarat guru dan sebagainya , guru-guru boleh
datang dan balik seperti biasa.
Waktu Mesyuarat/Taklimat /Dialog Prestasi:
Sesi Petang 11.30 pagi - 1.00 tengah hari
Sesi Pagi 1.50 tengah hari - 3.30 petang
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 29

