Page 30 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 30

8.4  Guru yang tidak dapat menghadirkan diri sewaktu pihak sekolah membuat Latihan
                        Personel(LP)  hendaklah  memberi  surat  makluman  atau  Sijil  Cuti  Sakit  kepada
                        Pengetua sebelum  atau selepas.
                  8.5  Guru yang tidak menyertai LP tersebut  mesti  membaca sebuah buku ilmiah  dan
                        membuat ringkasan dan pembentangan kepada Pengetua selepas dua minggu LP
                        berlangsung.

            9.    PAKAIAN GURU

                  9.1  Guru-guru hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan bersih, sesuai dengan profesion
                        keguruan dan masyarakat timur serta menjadi contoh yang baik kepada murid-murid.
                  9.2  Semua guru diwajibkan berpakaian baju batik pada setiap hari Khamis dan digalakkan
                        memakai baju melayu lengkap (lelaki) pada hari Jumaat.
                  9.3  Pakaian berbentuk seluar tidak dibenarkan bagi guru-guru perempuan.
                  9.4  Baju tanpa lengan dan ‘skirt’ yang pendek adalah tidak sesuai dan tidak dibenarkan.
                  9.5  Selipar/sandal  yang tidak bertumit tidak dibenarkan.
                  9.6  Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai
                        pakaian sesuai seperti seluar trek panjang, kemeja T, Baju Trek dan kasut sukan atau
                        kasut getah. Pakaian yang sama juga hendaklah dipakai semasa latihan sukan dan
                        permainan.

            10.  TANDA NAMA

                  10.1  Semua guru diwajibkan memakai tanda nama pada setiap hari persekolahan, dan
                        dalam majlis rasmi sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah.

            11.  eRPH (FAIL REKOD MENGAJAR)

                  11.1  Penulisan eRPH dibuat secara dalam talian dan hendaklah ditulis dengan teliti, kemas
                        dan lengkap mengikut format yang betul. Guru-guru dikehendaki mengisi maklumat-
                        maklumat lain seperti Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran, senarai nama murid-
                        murid dalam kelas-kelas yang diajar, markah-markah ujian dan peperiksaan, butir- butir
                        diri guru dan perkara-perkara lain yang terkandung dalam Fail Rekod Mengajar.
                  11.2  eRPH perlu ditulis setiap hari sebelum PdPC dijalankan.
                  11.3  eRPH perlu dicetak untuk tujuan pemantauan pihak Pentadbir, PPD, JPN atau KPM.
                  11.4  eRPH hendaklah dihantar secara dalam talian setiap hari Jumaat untuk disemak oleh
                        Pentadbir.

            12.  PENYELIAAN/PENCERAPAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

                  12.1  Semua pentadbir akan menyelia/mencerap semua guru di dalam        kelas yang diajar
                        dari semasa ke semasa dan semua pentadbir juga akan  masuk ke kelas untuk
                        memberi bimbingan kepada guru di bawah seliaannya. Langkah ini bertujuan untuk
                        membimbing dan membantu guru-guru supaya perlaksanaan kurikulum berjalan
                        dengan berkesan. (Rujuk Pekeliling Penyeliaan; SPI Bil 3/1987).









                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        30
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35